Ini Alien ~

Wednesday, October 29, 2014

Dia Hidup (Episod 6)

Dia keluar dari perut kereta Hummer milik Azhar dan melangkah masuk kerumah diiringi ucapan salam. Angin halus menerpa dirinya. Meremang bulu romanya, tangannya diraba ke dinding untuk mencari suis lampu. Lampu kalimantang menyala menerangi isi rumah itu. “MasyaAllah!” Tangannya ditekup ke mulut. Matanya dipejam celik. Baru tadi dia melihat ruang tamu rumahnya bukan seperti sebelum ini. Dia seperti termasuk ke alam lain. Terus kakinya melangkah perlahan-lahan menuju kebiliknya. ‘Penat agaknya’ hatinya memujuk dirinya yang diselebungi resah.

Kain telekung dan tikar sejadah dilipat dan diletakkan ditempat sepatutnya. Setelah mandi dan solat isyak, dia berbaring di atas katil. Matanya cuba untuk dipejam, berusaha untuk tidur. Tak berjaya. Dia teringatkan kejadian yang menimpanya sebentar tadi. Merinding bulu romanya tiba-tiba. Telefonnya menjerit minta diangkat. Selepas melihat nama yang tertera ucapan salam diberi dan dibalas di hujung talian. Senyum dibibirnya terukir dengan sendiri. Baru tadi dia berbual dengan Jasmin dan persetujuan untuk berpindah rumah telah dibuat. Jam ditelefon bimbitnya dipandang. Pukul 10.45 malam. ‘Sempat lagi ni’ dia berbisik sendiri. Senarai kenalan dibuka. Mencari-cari nama seseorang. ‘Dah dapat!’ terus didail pemilik nombor itu.

. . .

“Dah!” Buku di tangannya diletakkan di atas meja. Terangkat kepala seisi kelas. Pelik. Dia mengambil tempat duduknya. “Kau dah kenapa?” Kinah memandang Zurin dengan pandangan yang pelik. Zurin hanya membalas dengan senyumannya. “Aku dah bagitau tuan rumah. Dia kata boleh. Lepas kelas ni nanti kita jumpa dia la. Ok?” Zurin menerangkan pada Jasmin yang tekun membaca notanya. Terberhenti pembacaannya dengan tingkah Zurin yang nampak kalut. Jasmin mendekatkan mukanya dekngan muka Zurin. Terkejut anak dara itu sehingga dia terundur kebelakang. “Sini la!” Jasmin menarik kepala Zurin. “Ei! Sengetlah tudung aku, bijak !” Zurin menepis tangan Jasmin sambil berkerut keningnya. “Hehe!” Tersengih Jasmin sehingga ternampak lesung pipitnya. “Sini la. Aku nak tanya. Kau dah tanya Ika?” Jasmin memperlahankan suaranya. Zurin mula tertarik dengan topik yang dibuka Jasmin. Baru sahaja Zurin hendak membuka mulut, kelas sudah bermula.
“Ika.Nak tanya la, kau nak tak tinggal dengan Zurin?” Jasmin membuka kata selepas kelas berakhir. Ika yang tadinya mengemaskan barangnya terbehenti dan memandang muka mereka berdua silih berganti. Jasmin mengangkat kedua belah keningnya menunggu jawapan. Zurin menggenggam tepi meja menanti penuh debar. “Kenapa?” Ika menyuarakan soalan. Mereka berdua mengambil tempat duduk didepan Ika. “Sebenarnya, Zurin duduk sorang dari awal sem ni. Jadi aku ingat nak ajak kau teman dia. Aku pun nanti lepas ni nak pindah masuk rumah tu juga.” Jasmin beria-ia mengulas. Ika menimbang kata dari Jasmin. “Boleh la kot. Nanti aku tengok macam mana. Aku duduk kat rumah tu pun dah macam apa. Kau bayangkanlah. Setiap weekend aku yang kena kemas rumah. Kau tau haritu. Mi segera aku diorang ambil macam tu je. Macam tak reti nak minta. Bukan sekali dua. Berkali-kali.Masuk ni dah 3 kali aku restock mi segera aku tau. 2 kotak sekali. Tak ke banyak tu ?” Ika menghempas tangannya ke meja. Geram dia dengan perangai housematenya. Jasmin menggenggam tangan Ika sambal tersengih cuak. Terlopong Zurin mendengar cerita Ika. Tak disangka gadis yang disangkanya pendiam rupanya petah berkata. Ni kalau masuk debat ni mesti menang punyalah. Sempat hati Zurin berkata-kata. “Er, Ika. Kau ada transport tak?” Zurin mengubah topik. Ika hanya menggeleng. “Tak pe. Kalau macam tu.Kau call kitorang kalau kau nak masuk rumah kitorang okay?” Dia menambah.

 “Mak aih! Sikit punya lawa rumah kau Bedah!” Jasmin tersenyum riang setelah melangkah masuk ke rumah Zurin. “Bedah kau panggil aku ye.” Zurin menampar kuat bahu Jasmin. Tertolak sikit kedepan badan gadis pemilik sepasang lesung pipit tu. “ Adui! Jangan la kasar sangat kot ye pun. Aku gurau kay. Dah. Tolong aku angkat barang aku.” Jasmin kembali ke keretanya. “Tak nak aku. Apa kau ingat aku bibik kau?” Zurin mencebik. Jasmin menoleh kearah sahabatnya tu. “Oh! Ok. Takpe. Aku patah balik.” Jasmin mengugut. “Eceh nak patah balik konon. Duit rumah kau dah bayar. Kau piker boleh burn je macam tu?” Zurin menjelir lidah. Jasmin mengalah. “Alah! Tolong la aku wei!” Teriak Jasmin. Tak sengaja. Pantas Zurin berlari kearah Jasmin sambil menekup mulutnya. “Tak usah la teriak. Sebelah ni rumah lecture la.” Merah padam muka gadis itu, cepat-cepat dia mengangkat barangnya dan meluru masuk kedalam rumah. Zurin hanya tersenyum sambal menolong kawannya mengangkat barang. Semasa menunduk untuk mencapai beberapa barang milik rakannya didalam kereta, dia terasa seolah-olah ada orang memerhatikannya. Kepalanya cepat diangkat. Mencari-cari kelibat yang menerpa pandangannya tadi. Tiada. Terus disambung kerja yang tergendala tadi.

[Bersambung]


No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.