Ini Alien ~

Wednesday, October 22, 2014

Dia Hidup (episod 5)

"Seriously? Kau nak bagitau dia? Kenapa tak cakap awal-awal kat aku?” Azman mengambil tempat disebelah Azhar yang tekun menonton televisyen. “Ye la. Dia ada hak nak tau. Dia duduk kat situ kan. Lagipun kita ni jiran dia.” Azhar membetulkan duduk sebelum menukar siaran lain. “Eh! Jangan tukar la. Cerita tu sedap apa.” Azman merampas remote control dari tangan Azhar. Azhar hanya membiarkan. “Habis kau nak buat apa ni?” Azman memandang rakan serumahnya. Azhar hanya mendiamkan diri.

“ Aku rasa kau kena bawa sorang dua tinggal dengan kau la. Kalau tak kau yang pindah cari rumah lain.” Jasmin memberi cadangan. Melihatkan rakannya hanya membatu dia menguis pinggang rakannya. “Astaghfirullahalazim!” Kuat Zurin melatah. Seluruh isi perpustakaan memandang kea rah mereka. Jasmin mendirikan buku rujukan di hadapan mukanya. “Kau ni jangan la kacau aku.” Zurin memandang Jasmin yang tersengih menampakkan lesung pipit dikedua belah pipinya. “ Habis yang kau berangan tu kenapa. Aku cakap dengan kau kan. Ke kau tak dengar apa aku cakap tadi?” Jasmin menurunkan buku rujukan dari hadapan mukanya. Dia membuang pandangan kea rah hadapannya yang dipenuhi dengan pelajar yang mentelaah di dalam perpustakaan induk didalam kampus itu. “Aku dengar. Aku tengah fikir la ni.Kalau aku nak pindah sekarang,mana ada rumah sewa lain. Semua dah penuh aku rasa.” Zurin menconteng sesuatu di buku notanya dibawah sedar sambil bercakap. “Kau dah check?” Jasmin ingin kepastian. “ Belum.” Sepatah Zurin menjawab. “Habis tu? Sedap je mulut kau cakap takde rumah lain kenapa?” Jasmin menanda sesuatu pada buku notanya dengan highlighter untuk rujukan pada masa akan datang. “Aku tak kata dah penuh. Aku rasa dah penuh.” Sengaja ditekankan perkataan ‘rasa’ sambil tangannya masih menconteng. “Kau rasa siapa yang nak duduk dengan kau ?” Tanya Jasmin. Zurin sekadar menjungkit bahu tanda tak tahu. “Kau nak duduk dengan aku tak?” Zurin memandang Jasmin. Gadis pemilik sepasang lesung pipit itu merenung buku notanya lama. Memikirkan sesuatu. Menyusun ayat yang sesuai. “Nanti aku Tanya housemate aku. Kalau diorang tak kisah. Aku on.” Senyum. “Oh ya. Siapa dia tu budak yang pendiam kat kelas kita?” Zurin menampar bahu Jasmin. Kaget Jasmin dengan pukulan itu. “Siapa? Ika? Kenapa?” Jasmin memandang mata Zurin dalam-dalam. “Kau nak suruh dia ke? Why her?” Jasmin mengerutkan dahinya. “Kau tak ingat ke Hana ada cerita yang dia kena buli dengan housemate dia?” Jasmin mengangguk mengiayakan. “Hah! Aku rasa aku nak selamatkan dia dari housemate gila dia tu dengan tinggal kat rumah aku.” Zurin bersungguh-sungguh meluahkan kata. Jasmin bersetuju dengan keputusan rakannya. Dia juga harus membuat keputusan dengan housematenya untuk berpindah ke rumah Zurin bagi menemanai kawannya itu. “Eh, library dah nak tutup ni.” Jasmin mula mengemaskan barangnya apabila staff membunyikan loceng menandakan 5 minit lagi perpustakaan bakal ditutup.

“Elok-elok eh.” Jasmin mengingatkan Zurin semasa mereka memasuki kereta masing-masing. Zurin hanya membalas dengan senyumannya. Gadis bertahi lalat dibibir itu memasuki perut kereta dengan bacaan basmallah dan mula membaca doa naik kenderaan sementara tangannya kecilnya menghidupkan enjin. Keadaan kereta diperiksa bagi memastikan pemanduan yang lancar. Kereta Jasmin mula meninggalkan tempat letak kenderaan disitu.  Cermin pandang belakang dibetulkan. Kereta Myvinya juga mula meninggalkan tempat itu. Hatinya yang berdebar ditenangkan dengan bacaan surah yang dipasang didalam keretanya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang memerhatikannya. Fokus matanya pada jalan sambil mulutnya terkumat-kamit dengan bacaan ayat kursi. Sedang keretanya melalui lorong yang gelap tanpa lampu jalan dan dikelilingi hutan, enjin keretanya meragam. Dan akhirnya keretanya terberhenti di tengah jalan. Perasaan gelisah serta-merta datang menyerangnya. Dia kalut. Kunci dipulas beberapa kali tapi tidak berjaya. Dia tidak berani untuk mengangkat muka kerana takut ada sesuatu yang menerjah pandangannya.Tangannya lekas mencapai beg galasnya. Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor Jasmin didail. Tiada jawapan. Kegelisahannya semakin bertambah. Terus dia teringatkan jirannya, merangkap tenaga pengajar di kampusnya.

“Assalammualaikum. Azhar, kereta saya mati dekat tengah jalan ni. Gelap. Saya tak Nampak sesiapa kat sini.”
“Lorong nak masuk Jalan Melor.”

“Wei! Jom ikut aku.” Azhar mencapai kunci keretanya sambil berlari-lari anak kemuka pintu. Azman yang melihat tindakan refleksnya itu terus bangun menutup televisyen dan mengikut Azhar. Dia bingung dengan keadaan yang berlaku. Baru tadi, Azhar dapat panggilan dan riak wajahnya terus berubah seperti orang kehilangan hidangan snack plate depan mata. Tiba-tiba saja terus dipaksa mengikutinya. Didalam kereta, Azhar memberitahu mengenai Zurin. Terus Azman menyuruhnya menekan hapis pedal minyak. Kereta yang dipandu Azhar dirasakan terlalu lambat sehingga dia rasa hendak memijak-mijak lantai kereta milik Azhar itu. Dia tahu perasaan Zurin apabila kereta tersadai ditengah jalan waktu malam dimana tiada sesiapa disitu. Dan dia pernah mengalaminya sebelum ini. Ditambah lagi, Zurin adalah seorang perempuan. Dia tidak risau akan benda lain. Tetapi, jenayah yang melibatkan kecurian kenderaan pada waktu malam banyak berlaku dan selalu memenuhkan akhbar dengan berita-berita yang mengerikan. Sedangkan penjenyaha berani bertindak diwaktu siang. Apatah lagi malam.

. . .
“Terima kasih. Saya rasa macam nak pengsan je masa kereta tu mati tiba-tiba.” Zurin mengucapkan terima kasih semasa dia dijemput oleh Azhar kejap tadi. Keretanya ditarik oleh lori penarik yang dihubungi oleh Azman. “Takpe. Kita kan jiran.” Azman menyampuk. Zurin hanya tersenyum. “Awak servis kereta tu kali terakhir bila?” Azhar mengajukan soalan. “Baru je. Tak sampai Sebulan. Sebelum saya pindah masuk kat rumah tu.” Zurin memberitahu. Azhar hanya mendiamkan diri. Kejadian yang dialami Zurin bukan kali pertama dalam sejarah hidupnya. Dia pernah mendengar banyak cerita dari mulut orang yang mengatakan banyak kereta yang tersadai setiap kali melalui jalan itu. Pernah satu ketika rakan sekerjanya mengalami kejadian yang agak menyeramkan. Ketika siaran radio kereta rakannya memainkan lagu kegemarannya, radionya mati ketika melalui jalan itu. Ketika tangannya cuba menghidupkan balik radio enjin keretanya tiba-tiba mati. Perasaan gelisah terus menyerbu dirinya. Saat tangannya menggigil-gigil memutar kunci kereta, radio yang tadinya mati kembali hidup dan memainkan muzik yang asing bagi pendengarannya. Seakan bunyi orang membaca jampi serapah. Bunyi itu membingitkan telinganya. Semasa jarinya yang terketar hendak menutup radio bunyi itu bertukar kepada bunyi seorang perempuan menangis. Matanya meliar dikawasan itu. Radio itu kembali menarik perhatiannya apabila suara perempuan yang menangis tadi berubah kepada ketawa yang mengilai. Ketawa yang mulanya perlahan mula kuat dan membingit sehingga dia pengsan akibat ketakutan. Akibatnya, rakan sekerjanya itu mengalami demam panas selama seminggu sehingga tidak dapat hadir kerja.
“Thanks again tolong saya ya.” Zurin keluar dari perut kereta Hummer milik Azhar. Dia memasuki rumah dengan ucapan salam kepada yang ghaib. “MasyaAllah!”
[Bersambung]

No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.