Ini Alien ~

Wednesday, October 29, 2014

Dia Hidup (Episod 6)

Dia keluar dari perut kereta Hummer milik Azhar dan melangkah masuk kerumah diiringi ucapan salam. Angin halus menerpa dirinya. Meremang bulu romanya, tangannya diraba ke dinding untuk mencari suis lampu. Lampu kalimantang menyala menerangi isi rumah itu. “MasyaAllah!” Tangannya ditekup ke mulut. Matanya dipejam celik. Baru tadi dia melihat ruang tamu rumahnya bukan seperti sebelum ini. Dia seperti termasuk ke alam lain. Terus kakinya melangkah perlahan-lahan menuju kebiliknya. ‘Penat agaknya’ hatinya memujuk dirinya yang diselebungi resah.

Kain telekung dan tikar sejadah dilipat dan diletakkan ditempat sepatutnya. Setelah mandi dan solat isyak, dia berbaring di atas katil. Matanya cuba untuk dipejam, berusaha untuk tidur. Tak berjaya. Dia teringatkan kejadian yang menimpanya sebentar tadi. Merinding bulu romanya tiba-tiba. Telefonnya menjerit minta diangkat. Selepas melihat nama yang tertera ucapan salam diberi dan dibalas di hujung talian. Senyum dibibirnya terukir dengan sendiri. Baru tadi dia berbual dengan Jasmin dan persetujuan untuk berpindah rumah telah dibuat. Jam ditelefon bimbitnya dipandang. Pukul 10.45 malam. ‘Sempat lagi ni’ dia berbisik sendiri. Senarai kenalan dibuka. Mencari-cari nama seseorang. ‘Dah dapat!’ terus didail pemilik nombor itu.

. . .

“Dah!” Buku di tangannya diletakkan di atas meja. Terangkat kepala seisi kelas. Pelik. Dia mengambil tempat duduknya. “Kau dah kenapa?” Kinah memandang Zurin dengan pandangan yang pelik. Zurin hanya membalas dengan senyumannya. “Aku dah bagitau tuan rumah. Dia kata boleh. Lepas kelas ni nanti kita jumpa dia la. Ok?” Zurin menerangkan pada Jasmin yang tekun membaca notanya. Terberhenti pembacaannya dengan tingkah Zurin yang nampak kalut. Jasmin mendekatkan mukanya dekngan muka Zurin. Terkejut anak dara itu sehingga dia terundur kebelakang. “Sini la!” Jasmin menarik kepala Zurin. “Ei! Sengetlah tudung aku, bijak !” Zurin menepis tangan Jasmin sambil berkerut keningnya. “Hehe!” Tersengih Jasmin sehingga ternampak lesung pipitnya. “Sini la. Aku nak tanya. Kau dah tanya Ika?” Jasmin memperlahankan suaranya. Zurin mula tertarik dengan topik yang dibuka Jasmin. Baru sahaja Zurin hendak membuka mulut, kelas sudah bermula.
“Ika.Nak tanya la, kau nak tak tinggal dengan Zurin?” Jasmin membuka kata selepas kelas berakhir. Ika yang tadinya mengemaskan barangnya terbehenti dan memandang muka mereka berdua silih berganti. Jasmin mengangkat kedua belah keningnya menunggu jawapan. Zurin menggenggam tepi meja menanti penuh debar. “Kenapa?” Ika menyuarakan soalan. Mereka berdua mengambil tempat duduk didepan Ika. “Sebenarnya, Zurin duduk sorang dari awal sem ni. Jadi aku ingat nak ajak kau teman dia. Aku pun nanti lepas ni nak pindah masuk rumah tu juga.” Jasmin beria-ia mengulas. Ika menimbang kata dari Jasmin. “Boleh la kot. Nanti aku tengok macam mana. Aku duduk kat rumah tu pun dah macam apa. Kau bayangkanlah. Setiap weekend aku yang kena kemas rumah. Kau tau haritu. Mi segera aku diorang ambil macam tu je. Macam tak reti nak minta. Bukan sekali dua. Berkali-kali.Masuk ni dah 3 kali aku restock mi segera aku tau. 2 kotak sekali. Tak ke banyak tu ?” Ika menghempas tangannya ke meja. Geram dia dengan perangai housematenya. Jasmin menggenggam tangan Ika sambal tersengih cuak. Terlopong Zurin mendengar cerita Ika. Tak disangka gadis yang disangkanya pendiam rupanya petah berkata. Ni kalau masuk debat ni mesti menang punyalah. Sempat hati Zurin berkata-kata. “Er, Ika. Kau ada transport tak?” Zurin mengubah topik. Ika hanya menggeleng. “Tak pe. Kalau macam tu.Kau call kitorang kalau kau nak masuk rumah kitorang okay?” Dia menambah.

 “Mak aih! Sikit punya lawa rumah kau Bedah!” Jasmin tersenyum riang setelah melangkah masuk ke rumah Zurin. “Bedah kau panggil aku ye.” Zurin menampar kuat bahu Jasmin. Tertolak sikit kedepan badan gadis pemilik sepasang lesung pipit tu. “ Adui! Jangan la kasar sangat kot ye pun. Aku gurau kay. Dah. Tolong aku angkat barang aku.” Jasmin kembali ke keretanya. “Tak nak aku. Apa kau ingat aku bibik kau?” Zurin mencebik. Jasmin menoleh kearah sahabatnya tu. “Oh! Ok. Takpe. Aku patah balik.” Jasmin mengugut. “Eceh nak patah balik konon. Duit rumah kau dah bayar. Kau piker boleh burn je macam tu?” Zurin menjelir lidah. Jasmin mengalah. “Alah! Tolong la aku wei!” Teriak Jasmin. Tak sengaja. Pantas Zurin berlari kearah Jasmin sambil menekup mulutnya. “Tak usah la teriak. Sebelah ni rumah lecture la.” Merah padam muka gadis itu, cepat-cepat dia mengangkat barangnya dan meluru masuk kedalam rumah. Zurin hanya tersenyum sambal menolong kawannya mengangkat barang. Semasa menunduk untuk mencapai beberapa barang milik rakannya didalam kereta, dia terasa seolah-olah ada orang memerhatikannya. Kepalanya cepat diangkat. Mencari-cari kelibat yang menerpa pandangannya tadi. Tiada. Terus disambung kerja yang tergendala tadi.

[Bersambung]


Wednesday, October 22, 2014

Dia Hidup (episod 5)

"Seriously? Kau nak bagitau dia? Kenapa tak cakap awal-awal kat aku?” Azman mengambil tempat disebelah Azhar yang tekun menonton televisyen. “Ye la. Dia ada hak nak tau. Dia duduk kat situ kan. Lagipun kita ni jiran dia.” Azhar membetulkan duduk sebelum menukar siaran lain. “Eh! Jangan tukar la. Cerita tu sedap apa.” Azman merampas remote control dari tangan Azhar. Azhar hanya membiarkan. “Habis kau nak buat apa ni?” Azman memandang rakan serumahnya. Azhar hanya mendiamkan diri.

“ Aku rasa kau kena bawa sorang dua tinggal dengan kau la. Kalau tak kau yang pindah cari rumah lain.” Jasmin memberi cadangan. Melihatkan rakannya hanya membatu dia menguis pinggang rakannya. “Astaghfirullahalazim!” Kuat Zurin melatah. Seluruh isi perpustakaan memandang kea rah mereka. Jasmin mendirikan buku rujukan di hadapan mukanya. “Kau ni jangan la kacau aku.” Zurin memandang Jasmin yang tersengih menampakkan lesung pipit dikedua belah pipinya. “ Habis yang kau berangan tu kenapa. Aku cakap dengan kau kan. Ke kau tak dengar apa aku cakap tadi?” Jasmin menurunkan buku rujukan dari hadapan mukanya. Dia membuang pandangan kea rah hadapannya yang dipenuhi dengan pelajar yang mentelaah di dalam perpustakaan induk didalam kampus itu. “Aku dengar. Aku tengah fikir la ni.Kalau aku nak pindah sekarang,mana ada rumah sewa lain. Semua dah penuh aku rasa.” Zurin menconteng sesuatu di buku notanya dibawah sedar sambil bercakap. “Kau dah check?” Jasmin ingin kepastian. “ Belum.” Sepatah Zurin menjawab. “Habis tu? Sedap je mulut kau cakap takde rumah lain kenapa?” Jasmin menanda sesuatu pada buku notanya dengan highlighter untuk rujukan pada masa akan datang. “Aku tak kata dah penuh. Aku rasa dah penuh.” Sengaja ditekankan perkataan ‘rasa’ sambil tangannya masih menconteng. “Kau rasa siapa yang nak duduk dengan kau ?” Tanya Jasmin. Zurin sekadar menjungkit bahu tanda tak tahu. “Kau nak duduk dengan aku tak?” Zurin memandang Jasmin. Gadis pemilik sepasang lesung pipit itu merenung buku notanya lama. Memikirkan sesuatu. Menyusun ayat yang sesuai. “Nanti aku Tanya housemate aku. Kalau diorang tak kisah. Aku on.” Senyum. “Oh ya. Siapa dia tu budak yang pendiam kat kelas kita?” Zurin menampar bahu Jasmin. Kaget Jasmin dengan pukulan itu. “Siapa? Ika? Kenapa?” Jasmin memandang mata Zurin dalam-dalam. “Kau nak suruh dia ke? Why her?” Jasmin mengerutkan dahinya. “Kau tak ingat ke Hana ada cerita yang dia kena buli dengan housemate dia?” Jasmin mengangguk mengiayakan. “Hah! Aku rasa aku nak selamatkan dia dari housemate gila dia tu dengan tinggal kat rumah aku.” Zurin bersungguh-sungguh meluahkan kata. Jasmin bersetuju dengan keputusan rakannya. Dia juga harus membuat keputusan dengan housematenya untuk berpindah ke rumah Zurin bagi menemanai kawannya itu. “Eh, library dah nak tutup ni.” Jasmin mula mengemaskan barangnya apabila staff membunyikan loceng menandakan 5 minit lagi perpustakaan bakal ditutup.

“Elok-elok eh.” Jasmin mengingatkan Zurin semasa mereka memasuki kereta masing-masing. Zurin hanya membalas dengan senyumannya. Gadis bertahi lalat dibibir itu memasuki perut kereta dengan bacaan basmallah dan mula membaca doa naik kenderaan sementara tangannya kecilnya menghidupkan enjin. Keadaan kereta diperiksa bagi memastikan pemanduan yang lancar. Kereta Jasmin mula meninggalkan tempat letak kenderaan disitu.  Cermin pandang belakang dibetulkan. Kereta Myvinya juga mula meninggalkan tempat itu. Hatinya yang berdebar ditenangkan dengan bacaan surah yang dipasang didalam keretanya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang memerhatikannya. Fokus matanya pada jalan sambil mulutnya terkumat-kamit dengan bacaan ayat kursi. Sedang keretanya melalui lorong yang gelap tanpa lampu jalan dan dikelilingi hutan, enjin keretanya meragam. Dan akhirnya keretanya terberhenti di tengah jalan. Perasaan gelisah serta-merta datang menyerangnya. Dia kalut. Kunci dipulas beberapa kali tapi tidak berjaya. Dia tidak berani untuk mengangkat muka kerana takut ada sesuatu yang menerjah pandangannya.Tangannya lekas mencapai beg galasnya. Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor Jasmin didail. Tiada jawapan. Kegelisahannya semakin bertambah. Terus dia teringatkan jirannya, merangkap tenaga pengajar di kampusnya.

“Assalammualaikum. Azhar, kereta saya mati dekat tengah jalan ni. Gelap. Saya tak Nampak sesiapa kat sini.”
“Lorong nak masuk Jalan Melor.”

“Wei! Jom ikut aku.” Azhar mencapai kunci keretanya sambil berlari-lari anak kemuka pintu. Azman yang melihat tindakan refleksnya itu terus bangun menutup televisyen dan mengikut Azhar. Dia bingung dengan keadaan yang berlaku. Baru tadi, Azhar dapat panggilan dan riak wajahnya terus berubah seperti orang kehilangan hidangan snack plate depan mata. Tiba-tiba saja terus dipaksa mengikutinya. Didalam kereta, Azhar memberitahu mengenai Zurin. Terus Azman menyuruhnya menekan hapis pedal minyak. Kereta yang dipandu Azhar dirasakan terlalu lambat sehingga dia rasa hendak memijak-mijak lantai kereta milik Azhar itu. Dia tahu perasaan Zurin apabila kereta tersadai ditengah jalan waktu malam dimana tiada sesiapa disitu. Dan dia pernah mengalaminya sebelum ini. Ditambah lagi, Zurin adalah seorang perempuan. Dia tidak risau akan benda lain. Tetapi, jenayah yang melibatkan kecurian kenderaan pada waktu malam banyak berlaku dan selalu memenuhkan akhbar dengan berita-berita yang mengerikan. Sedangkan penjenyaha berani bertindak diwaktu siang. Apatah lagi malam.

. . .
“Terima kasih. Saya rasa macam nak pengsan je masa kereta tu mati tiba-tiba.” Zurin mengucapkan terima kasih semasa dia dijemput oleh Azhar kejap tadi. Keretanya ditarik oleh lori penarik yang dihubungi oleh Azman. “Takpe. Kita kan jiran.” Azman menyampuk. Zurin hanya tersenyum. “Awak servis kereta tu kali terakhir bila?” Azhar mengajukan soalan. “Baru je. Tak sampai Sebulan. Sebelum saya pindah masuk kat rumah tu.” Zurin memberitahu. Azhar hanya mendiamkan diri. Kejadian yang dialami Zurin bukan kali pertama dalam sejarah hidupnya. Dia pernah mendengar banyak cerita dari mulut orang yang mengatakan banyak kereta yang tersadai setiap kali melalui jalan itu. Pernah satu ketika rakan sekerjanya mengalami kejadian yang agak menyeramkan. Ketika siaran radio kereta rakannya memainkan lagu kegemarannya, radionya mati ketika melalui jalan itu. Ketika tangannya cuba menghidupkan balik radio enjin keretanya tiba-tiba mati. Perasaan gelisah terus menyerbu dirinya. Saat tangannya menggigil-gigil memutar kunci kereta, radio yang tadinya mati kembali hidup dan memainkan muzik yang asing bagi pendengarannya. Seakan bunyi orang membaca jampi serapah. Bunyi itu membingitkan telinganya. Semasa jarinya yang terketar hendak menutup radio bunyi itu bertukar kepada bunyi seorang perempuan menangis. Matanya meliar dikawasan itu. Radio itu kembali menarik perhatiannya apabila suara perempuan yang menangis tadi berubah kepada ketawa yang mengilai. Ketawa yang mulanya perlahan mula kuat dan membingit sehingga dia pengsan akibat ketakutan. Akibatnya, rakan sekerjanya itu mengalami demam panas selama seminggu sehingga tidak dapat hadir kerja.
“Thanks again tolong saya ya.” Zurin keluar dari perut kereta Hummer milik Azhar. Dia memasuki rumah dengan ucapan salam kepada yang ghaib. “MasyaAllah!”
[Bersambung]

Wednesday, October 8, 2014

Dia Hidup (episod 4)

"Keluar!" Suara garau itu menjerkah gegendang telinganya hingga dia tersentak.

"Ya Allah!" Panas mukanya menahan kalut sementara jantungnya menghentak dada. Suara yang tiba-tiba menyergah dia tadi dirasakan dekat dengan telinganya. Bergetar giginya mengalun zikir. Al-quran diambil lalu dipeluknya kuat-kuat. Katil menjadi tempatnya menghenyakkan tubuh. Selimut pantas ditarik menutup seluruh tubuhnya. Sementara lidah masih lagi basah dengan zikrullah. Tangan yang tadinya kuat menggigil kini menjadi semakin diam. Lidah yang tadi lincah memuji Yang Satu menjadi perlahan. Matanya semakin kuyu dan berat. Dan pandangannya semakin kabur. Akhirnya, gadis bersaiz kecil itu lena ketika berzikir.

. . .

"Eh Zurin! Kenapa termenung? " Bahu gadis itu dipegang lembut.

"Takde pape la. Aku ok je" Zurin memandang gadis bertudung merah hati dipadankan dengan jubah  berwarna hitam. Kad pelajar yang dipakainya terpampang nama tuan empunya badan, Jasmin.

"Kau asyik termenung je dari tadi. Madam tanya pon kau kalut. Tipu la kalau takde pape." Jasmin mengambil tempat disebelah Zurin.

Zurin memandang mata Jasmin dalam-dalam. Ada sesuatu yang ingin disampaikan tapi dia tak mampu nak keluarkan. Takut diketawakan. Jasmin hanya memndang dengan penuh pertanyaan. Nak bertanya lagi, takut menyinggung. Akhirnya, mereka berdua hanya mendiamkan diri.

"Jom makan ." Jasmin mula bangun dari duduknya. Diikuti Zurin yang masih terngiang-ngiang surau garau itu.

Dia menapak perlahan-lahan menuju cafe yang baru dibuka baru-baru ni berdekatan blok pensyarah. Tangannya hilang daya hingga buku ditangannya terjatuh. Berselerakan kertas-kertas nota dan buku  yang tadinya kejap dipegang. Jasmin mengucap panjang setelah terdengar bunyi benda terjatuh. Pantas dia berlari ke arah Zurin.

"Are you okay?" Tangan seorang lelaki menghulur kertas nota yang berterbangan hinggap ke kakinya tadi. Zurin mengangkat muka untuk mengucapkan terima kasih. Sebaik sahaja dia hendak menyambut kertas itu, dia terlihat pemilik jam tangan Rolex yang berkemeja ungu. Pemilik jam tangan Rolex perak itu nampak lebih terkejut melihat pemilik tudung berwarna biru nila dihadapannya.

"MasyaAllah! " Zurin tergamam. "Zurin?" Pemilik jam tangan Rolex perak itu masih terkejut. "Azhar" Zurin terkial-kial mengutip sisa notanya. "Subhanallah. Tak sangka pulak kita jumpa kat sini. Student ke? " Azhar tidak dapat menyembunyikan senyumnya. "Yup. Degree part 3" Zurin membuka kata. "Haaa. Korang kenal?" Jasmin yang dari tadi mendiamkan diri mula curiga.

"Ya Allah! Yeke? Patut la terkejut macam apa." Jasmin menghabiskan sedutan terakhir air tebu yang dibelinya untuk makan tengahari. "Tak sangka pulak awak ni lecture kat sini." Zurin masih tak percaya terserempak dengan Azhar di kolejnya. "Dah nak dekat 3 tahun jugakla saya mengajar kat sini. Tapi saya ajar budak diploma part 1 dengan 5 dengan budak degree part 1" Azhar mempromosi dirinya. Mereka berdua sekadar mengangguk. "Azman?" Zurin bertanya.

"Oh. Dia pun lecture juga kat sini. Cuma dia baru pindah kesini masa naik sem baru ni." Azhar menerangkan. "Macam mana buku boleh sampai terlepas dari tangan awak Zurin?" Azhar memandang gadis berbaju kurung biru dihadapannya. Zurin hilang kata hingga kelu lidahnya. Dia masih menunduk. "Ada benda yang tak kena ke dekat rumah tu?" Azhar teragak-agak bertanya. Pantas gadis berkulit mulus itu mengangkat muka. Ada sesuatu yang berlegar dikepalanya untuk bertanya. Tapi masih beku dikerongkong. "Mana awak tau?" Zurin bertanya penuh pengharapan jawapan yang bakal dikelarkan akan menghapuskan pertanyaannya selama ini.

"Aaa ~ guys. Sorry. Tapi we are going to dead sebab lepas ni kelas Madam Nazihah." Jasmin menggigit kukunya. Tangannya tidak senang diam kerana pensyarah yang dimaksudkan garang yang amat. Strict nauzubillah hingga pernah seorang student perempuan lambat kekelasnya yang pada waktu itu pukul 8 ditendang keluar dan tidak dibenarkan masuk hingga seminggu kemudian apabila pelajar perempuan membuat surat memohon maaf kepada pensyarah tersebut. Membayangkannya sahaja membuatkan pelajar-pelajar lain terpacak dihadapan dewan kuliah seawal pagi lagi.

"Boleh saya minta nombor awak? Kalau ada apa-apa saya call awak." Azhar  teragak-agak meminta. Setelah bertukar nombor, dua pelajar perempuan itu meminta diri lalu berlari-lari anak keluar cafe untuk ke dewan kuliah.

Telefonnya menjerit minta diangkat.

"Waalaikumussalam.  Aku kat cafe."

Perbualan yang amat ringkas itu dimatikan. Dahinya berkerut memifikirkan nasib  jirannya yang menetap disebelah rumahnya. Bukan seorang dua yang sudah berpindah keluar dari rumah itu. Tapi masalah tetap menjadi semakin teruk apabila ada penghuni baru yang menetap disitu. Paling lama mereka akan menetap pun 6 bulan sahaja. Sebelum berpindah dengan tergesa-gesa.

'Sesuatu mesti dilakukan' getusnya.

[Bersambung]

Tuesday, October 7, 2014

Dia Hidup (episod 3)

Cepat-cepat dia bangun menutup tingkap. Angin kuat dari luar bertiup dengan kencang. Barang-barang yang bersaiz kecil dan ringan mula berjatuhan dari tempatnya.
Dia berlari-lari anak mengutip barang yang bersepah di atas lantai. Serpihan dari barangan kaca bertebaran dimerata tempat. Mulutnya terkumat-kamit berzikir. Memuji Sang pencipta di kala hati gundah gelisah. Tika itu juga, azan maghrib mula berkumandang. Dengan pantas dia mengemaskan apa yang patut dan mula mengambil wuduk untuk menunaikan solat.
Selepas membaca warkah cinta dari Illahi dia mendiamkan diri di atas tikar sejadah. Imbasan semasa dikampung halaman berlegar-legar didalam mindanya. Wajah ibunya tiba-tiba muncul. Disebelah ibunya berdiri seorang lelaki tua berjanggut yang tidak dikenali.
Lelaki itu membisikkan sesuatu ditelinga ibunya. Bisikkan itu walau dirasakan jauh tapi cukup untuk menggegarkan gegendang telinganya. Ada sesuatu yang mencurigakan diucap lelaki tua berjanggut itu. Wajahnya berkerut ketakutan. Tangan ditekup ke mulutnya yang bergetar ketakutan. Matanya mula bergenang dan air jernih itu laju menuruni pipi gebunya. Esakkan tagisnya semakin kuat. Membuatkan lelaki tua berjanggut itu mengalih pandang kearahnya. Terkejut dia hingga terduduk kebawah. Lelaki tua itu berjalan perlahan-lahan kearahnya. Dia pula mengesot-ngesot kebelakang. Kakinya terasa lemah ketika itu. Wajah lelaki tua itu nampak mengerikan. Makin lama jarak lelaki tua itu semakin dekat dengan dirinya. Tangan lelaki tua itu mengunjur kehadapan untuk menggapai dirinya yang sudah tidak mampu bergerak lagi. Tangan tua yang kasar itu merentap bahunya. Dia memejamkan mata dan mengalihkan mukanya kearah lain. Tak mahu memandang wajah lelaki tua itu yang nafasnya amat dekat hingga boleh menerbangkan beberapa helai rambutnya. Lelaki tua itu membeliakkan matanya yang kemerahan dan berair lalu menjerit sekuat hati. Mendebarkan jantungnya yang sememangnya sudah laju menendang dadanya.
Dia tersedar langsung terduduk. Dadanya diurut-urut lembut. Jantungnya masih berdebar dek kerana mimpi tadi. Rupanya dia terlelap sekejap setelah teringatkan ibunya. Cepat-cepat tangan kecil itu mencapai telefon bimbit diatas katil. Laju jarinya mendail nombor rumah ibunya dikampung. Lama dia menunggu akhirnya talian dihujung sana bersambut.
"A...as...Assalamualaikum mak." Tergagap-gagap dia kerana masih lagi dihantui mimpi tadi.
"T...takde pape. Angah cuma nak tanya khabar mak. Mak sihat kan? Takde pape yang jadi kat kampung kan? " suaranya mempamerkan kebimbangan.
"Alhamdullilah. Takde. Angah mimpi pasal mak tadi. Angah takut kalau jadi pape dekat mak. Kalau  ada pape mak call angah cepat-cepat tau. Assalamualaikum " Zurin memberi kata sebelum talian dimatikan.
"MasyaAllah! Kau ni kenapa Man?" Terketar tangannya memegang pen. Tergendala sebentar kerjanya akibat kejutan dari Azman yang memakai topeng muka yang mengerikan yang dibeli semasa pergi ke rumah hantu suatu masa dulu.
Azman hanya menyambut jerkahan Azhar dengan hilai tawa yang membingitkan telinga. "Haih. Takkan hero malaya pon takut?" Semakin galak usikan dari Azman menyebabkan darahnya menggelegak. Cepat dia kawal dengan beristighfar.
"Tak payah nak kacau aku boleh tak. Aku nak siapkan kerja - kerja aku ni." Azhar meneruskan kerja dengan tangan yang masih terketar. Digoyang-goyangkan tangannya untuk seketika sebelum kembali meneruskan kerjanya sekali lagi. 

Azman mengambil kerusi lalu duduk menghadap Azhar. Pandangan matanya tepat memandang dalam anak mata Azhar. Azhar yang perasan dengan tingkah lakunya mengerutkan dahi. "Kau dah kenapa? Tak puas lagi nak buat dajjal kat aku?" Dia jadi tidak senang dengan pandangan housematenya.

" 'Ar" lembut suara Azman memanggil. Meremang bulu roma Azhar dengan panggilan sebegitu. Lambat-lambat mukanya diangkat memandang Azman. Dahinya semakin bertambah kerut. 

"Kau tau kan aku sayang kau?" Suara Azman masih lembut seperti tadi. Untuk kesekian kali bula roma dia semakin menegang. "Aku dah lama tunggu saat ni nak cakap something kat kau" Dia mendekatkan mukanya dengan Azhar membuatkan lelaki itu semakin cuak.

"Sebenarnya." Azman berhenti menarik nafas. "Sebenarnya" Azhar masih lagi menunggu ayat yang bakal dikeluarkan. Dia gelisah kalau-kalau ayat yang bakal diucap nanti membuatkan tidur malamnya terganggu. "Sebenarnya aku lapar wei! " Dia melaung ditelinga Azhar. Lelaki itu mengurut lembut dadanya. "Kau ni. Lain kali jangan takutkan aku sangat boleh tak. Biadab punya orang" Sekali lagi Azman hanya menyambut jerkahan lelaki berhidung mancung itu dengan ketawa yang membingit.

"Cepatlah masakkan untuk aku" Dia mengarahkan rakannya yang masih cuak. "Amboi banyak lawa muka kau. Ingat aku bibik kau ke?" Azhar membaling pen kearah rakannya. Muncung mulut Azman diperlakukan begitu.
"Yelah. Aku buat la ni." Azhar hanya menurut kemahuan lelaki berperangai kebudak-budakkan itu.

"Ya Allah!" Panas mukanya menahan kalut sementara jantungnya menghentak dada. Suara yang tiba-tiba menyergah dia tadi dirasakan dekat dengan telinganya. Bergetar giginya mengalun zikir. Al-quran diambil lalu dipeluknya kuat-kuat. Katil menjadi tempatnya menghenyakkan tubuh. Selimut pantas ditarik menutup seluruh tubuhnya. Sementara lidah masih lagi basah dengan zikrullah. Tangan yang tadinya kuat menggigil kini menjadi semakin diam. Lidah yang tadi lincah memuji Yang Satu menjadi perlahan. Matanya semakin kuyu dan berat. Dan pandangannya semakin kabur. Akhirnya, gadis bersaiz kecil itu lena ketika berzikir.

[Bersambung]

Monday, October 6, 2014

Dia Hidup (episod 2)

'Perasaan aku je ke? '

Zurin lalu bangun dari duduknya dan mengemas katilnya sebelum  berbaring diatas katil untuk berehat.

. . .

[Dirumah Azhar]

"Kau biar betul 'Ar!" Azman mula tak sedap hati dengan cerita Azhar.

"Wallahi. Tuan rumah tu yang bagitau aku." Azhar membenarkan ceritanya.

"Mana kau kenal tuan rumah tu? " Azman meminta kepastian.

"Aku ada dengar dia cerita kat orang masa kat warung Pak Syed. Aku dengarkan je la" Azhar bersungguh-sungguh memberitahu.

"Habis Zurin tau tak?" Azman memandang dengan pandangan yang penuh pertanyaan.

Azhar sekadar mampu mengangkat bahu.

. . .

Zurin melangkah masuk kerumah dengan ucapan salam untuk mereka yang ghaib.

Terngiang-ngiang suara Ustazah Zainab yang mengajar subjek agama Islam.

"Kita wajib mempercayai mereka yang ghaib. Walaupun kita tak nampak dia. Tapi kita tau dia ada. Kita kena tau dia ada. Kita wajib tau. Antara yang ghaib adalah malaikat, jin, syaitan dan syurga dan neraka."

Barangan dapur yang dibeli dari pasaraya berdekatan disimpan ditempat sepatutnya di dapur. Ketika dia menunduk untuk menyimpan sayur didalam peti sejuk serentak itu juga pintu dapur terbuka. Cepat Zurin memandang ke arah pintu dapur itu.

Tanpa berlengah lagi dia menuju ke pinu dapur lalu menjenguk keluar.

'Takde orang. Aku rasa dah kunci dah pintu ni sebelum keluar tadi.'

Zurin meneruskan kerjanya mengemas barang dapur dan masuk kebilik untuk melepas lelah.

Azan zohor berkumandang semasa Zurin baru hendak berbaring di atas katil. Terus dia duduk kerana teringat pesan ibunya.

'Jangan baring masa tengah azan. Nanti jenazah kita jadi berat'

Zurin terus kebilik air dan mengambil wuduk. Wuduk yang khusyuk untuk menghadap Yang Satu. Dia melangkah menuju tikar sejadah yang digantung sambil membaca ayat kursi. Sejadah dan telekung yang tersidai rapi itu ditarik lalu sejadah berwarna merah hati itu dihamparkan sambil bibirnya serta hatinya masih lagi khusyuk membaca surah tiga qul. Zurin mempersiapkan duri menghadap Allah. Takbir diangkat dengan penuh perasaan dan khusyuk.

Salam pertama diucap Azhar semasa memandang kekanan diikuti dengan Azman sebagai makmumnya. Lalu Azhar meneruskan memberi salam sambil memandang kekiri. Wirid dibaca sebelum doa dilafaz dan diamin oleh Azman.

Al-quran diatas meja dicapai lalu dimuka pada tempat yang ditanda. Surah Fatiha dibaca sebagai pembuka bacaannya. Suara yang merdu itu membaca setiap bait kalimah yang tertulis. Warkah cinta dari Illahi dibaca penuh khusyuk, penuh nikmat. Dadanya terasa aman dan tenang membacanya.

Langsung dia bangun dan melipat kain telekung setelah Al-quran itu dikucup dan diletakkan ditempat asal. Zurin langsung ke dapur untuk memasak. Perutnya berkeroncong mendendangkan lagu heavy blackmetal.

"Lapar la 'Ar. Kau takde makanan ke?" Azman mengusap-usap perut sadonya.

"Maggie je la aku ada. Aku belum beli barang basah lagi la. Gaji belum masuk." Azhar membalas.

"Haih? Macam tu pulak? Maggie pon maggie la, asal kesayangan aku ni tak lapar. Sabar ye sayang, nanti daddy bagi makan ye " Azman mengusap perutnya dengan lembut. Serentak tu juga kusyen kecil melayang ke udara tepat kemuka Azman.

"Gila ke?  Nak makan, makan je la. Jangan la buat aku seram. Ada yang makan kaki aku ni kang" Azhar memandang Azman dengan pandangan yang jelek. Meremang bulu roma dia menyaksikan adegan kawan serumah dia tu.

"Assalamualaikum! " laungan salam cukup membuatkan mereka berdua yang bertekak didalam rumah serentak memandang keluar.

"Siapa?" Masing-masing bertanya sesama sendiri.

Azman menendang punggung Azhar semasa dia sedang bangun untuk membuka pintu.

"Jangan sampai kau nyawa-nyawa ikan eh lepas ni." Azhar membaling surat khbar yang dibacanya tadi ke Azman dan disambut hilai tawa rakannya.

Pintu pagar rumah dijenguk. Terlihat gadis bertudung sarung warna hijau tahi lembu menatang sesuatu.

"Eh Cik Zurin? Kenapa? Kami buat bising lagi ke?" Soalan diaju bertubi-tubi membuatkan Zurin tersipu malu.

"Eh bukan. Saya nak bagi ni. Tadi saya masak lebih." Sambil menghulur mangkuk kaca  berisi ikan tongkol masak asam pedas. Kecur air liur Azhar melihat lauk yang diberi. Terketar tangannya menyambut.

"Terima kasih ye Cik Zurin. Buat susah-susah je" Tergagap-gagap  dia melafazkannya.

"Eh tak payah la bercik-cik bagai. Panggil Zurin je" Dia menghilangkan gugup jirannya.

"Ya Allah. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Orang lapar disorong lauk " Serentak mereka berdua mengalih pandangan ke arah Azman yang menyarung selipar jepun lalu berlalu ke arah mereka berdua dengan senyum kambingnya.

"Zurin, ni kawan saya Azman. Azman, Zurin" Azhar memperkenalkan.

"Wah! Cantik rupanya jiran kita ni. Bolehla join sekali makan." Azman membuat muka bersahaja.

'Ada yang makan nasi guna berus jamban juga karang' Azhar menjegilkan mata ke arah Azman.

Azman sengaja buat-buat tak nampak lalu kembali memandang ke arah gadis bersaiz kecil dihadapannya. "Tapi Zurin, rumah kami ni takde nasi. Maggie ada la" Azman saja memanaskan keadaan dengan pernyataannya.

"Takpe. Nasi saya pon ada lagi. Nanti saya bagi ye. Tunggu tau." Zurin segera berlari-lari anak masuk kerumah.

Azhar rasa nak hempuk mangkuk asam pedas pada Azman.

"Kau ni tak malu ke? " Azhar menyepak kaki Azman sambil mengimbangkan mangkuk asam pedasnya.

"Lah, kan betul kita takde nasi. Nak buat macam mana. Kalau tak, nak makan dengan apa? Kau ni pon. Kalau.malu, lagilah tak boleh makan tau" Azhar hanya mendiamkan diri. Ada betulnya apa yang Azman cakapkan.

"Eh kau tak cakap pon yang Zurin ni lawa. Kalau tak aku dah usha dia dah." Azman mencuit ketiak Azhar. Bergegar kuah asam pedasnya.

"Kau ni pon nak geletek-geletek aku sabar la. Tunggu kat dalam rumah boleh tak?" Azhar masak dengan sikap Azman yang gila-gila ni.

"Sorry ye lambat. Nah." Zurin tiba-tiba muncul di depan mereka.

Azman menyambut pinggan berisi nasi yang diberi Zurin "Terima kasih ye Zurin." Azman memberi senyuman pada Zurin. Tertunduk Zurin kerana malu.

. . .

"Alhamdullilah " Azman mengucapkan syukur setelah berjaya mengeluarkan gas yang dipanggil sendawa. Azhar mengipas-ngipas bau yang keluar dari mulut Azman. "MasyaAllah! Tak senonoh betul. Kot ye pon nak sendawa jangan sampai mengorbankan nyawa orang boleh tak ?" Azhar mengemaskan tempat makan mereka yang dah macam tapak piranha melahap.

Zurin terkejut apabila gelas yang disusunnya rapi jatuh dari tempat pengering pinggan dan mangkuk. Cepat dia mengucap panjang.

'Takkan la angin kot? Amboi kuatnya angin nak tiup gelas ni?' Zurin cuba berfikiran positif. Terus dicapainya penyapu dan pengaut sampah.

Dia menghenyakkan punggung pada kerusi dan menghadap meja belajar. Meneruskan kerja yang tadinya tergendala. Dia meletakkan headphone yang disambung dengan mp3. Butang play ditekan. Surah Ar-Rahman menyejukkan hatinya yang gelisah tika itu.

Tanpa disedari gadis itu, sepasang mata memandangnya disebalik kain langsir berwarna hijau pucuk pisang itu. Bulu romanya terasa meremang tetiba. Dia mengusap tengkuknya sambil mengucap panjang.

[Bersambung]

Dia Hidup (episod 1)

Telefon yang berdering didalam poketnya diangkat.

"Dah sampai. Kau kat mana? Yeke? Okay. Nanti aku datang"

Perbualan ringkas dimatikan segera. Dia mencapai kunci di atas meja lalu melangkah keluar. Di kawasan parkir kereta, dia membuka pintu kereta lalu menghidupkan enjin. Pedal minyak ditekan dan Hummer putih itu meluncur keluar rumah teres.

Selang beberapa minit kemudian . . .  [Dirumah sebelah]

"Ini ke rumahnya? Cantik la. " Gadis  bertudung peach itu memandang tuan rumah.

"Yup. Oh ya. Cik nak sewa berapa lama ye? " Tuan rumah kembali memandang empunya tudung peach yang dipadankan dengan jubah hijau disarung jaket peach.

"I'm not really sure. Kenapa saya tak boleh stay lama ke?" Dia risau kalau-kalau tuan rumah tak bagi rumah ni disewa lama.

"Eh taklah. Saja tanya. Kalau cik nak keluar cik bagitau saya awal boleh saya confirmkan dengan sesiapa yang nak sewa lepas ni pulak." Tuan rumah berkemeja kotak berwarna hijau menerangkan.

Gadis berkulit cerah itu menarik nafas lega. Setelah meninjau keadaan didalam rumah, gadis itu membuat persetujuan dan bakal berpindah masuk lusa hari.

. . .

" So, berapa lama kau kat sini?" Lelaki berjam Rolex bertanya sahabatnya yang.baru dijemputnya tadi.

" Amboi macam tak bagi duduk sini je?  Sabarla kalau nak halau aku pon. Punggung aku pon tak sempat nak panas kau tau?" Sahabatnya berseloroh.

"Ekeleh Man, kau ni touching ah. Aku tanya je. Mana la tau kot - kot kau ada niat nak keluar dari rumah ni bila - bila" dia membetulkan duduknya.

"Sudahla kau Azhar. Mana bilik aku? Aku nak mandi nak rehat. Penat aku terbang tadi" Azman mula bangun dari tempat duduknya.

Mereka bangun dari tempat duduk masing - masing.

. . .

"Dah mak. Angah dah jumpa rumah sewa. Not bad la. Semua cukup. Lagipun dekat dengan kolej."

"Bukannya angah tak nak. Angah tak suka la ada housemate bagai ni. Menyusahkan. Cukupla roomate angah sem sebelum ni"

Perbualan segera dimatikan apabila keretanya sudah sampai di depan rumah sewanya.

Barang-barang dibawa masuk dengan kudratnya sendiri.

Badan dihempas ke katil setelah berjaya membawa masuk semua barang dari Produa Myvinya.

Semasa matanya hampir terlelap badannya terasa dihempuk - hempuk dengan kayu golf. Gegendang telinganya bagai disengat jutaan lebah. Dia bingkas bangun dari katil. Bunyi lagu yang dihasilkan oleh Hi-fi dari rumah sebelah cukup menyakitkan hatinya. Sambil membetulkan letak tudung dikepala dia berlari keluar.

"Assalamualaikum! " salam ketiga dilaung sekuat hati hingga trakeanya rasa hendak tertanggal.

Pintu rumah sebelah terkuak sedikit - sedikit. Akhirnya seorang lelaki bert-shirt biru menapak keluar.

"Ya cik? " lelaki itu menyambut gadis diluar pagar dengan pandangan yang pelik.

"Assalamualaikum. Awak tinggal sini ke? " Soalan yang dirasa bodoh diluahkan namun itulah adat bertanya kononnya.

"Waalaikumussalam. Ya saya. Kenapa?" Lelaki bert-shirt biru itu terus bertanya.

"Saya tinggal kat sebelah ni. Err. Awak bukak lagu kuat sangat." Serba salah dia menerangkan.

"Oh yeke?  Setahu saya rumah sebelah ni takde orang." Dia mula rasa serba salah.

"Saya baru sampai tadi. Dah bawak barang masuk. Ingat nak berehat sekejap. Tapi." Dia pula rasa serba salah nak menegur.

"Oh ye ke. Sorry ye. Cik?" Lelaki itu sengaja memanjangkan harkat untuk bertanya nama gadis itu.

" Saya Zurin. Syafa Azurin. Awak?" Dia mula memperkenalkan diri.

"Oh zurin. Saya Azhar.Anuar Azhar. Sorry sekali lagi ye. Kawan saya yang pasang lagu tu. Mintak maaf sangat - sangat" Azhar meminta maaf bagi pihak Azman.

"Ok. Takpe. Terima kasih ye sebab faham. Saya nak masuk rumah dulu ye" Zurin meminta diri untuk pulang kerumah.

Tak lama lepas itu, muzik yang tadinya bakal menyebabkan pendarahan hati mula senyap.

. . .

"Laaaa mana aku tau ada orang kat rumah sebelah. Kau kata rumah sebelah tu kosong." Azman serba tak kena.

"Dia kata baru pindah. Dah la. Tak payah bising - bising lagi la. Dia baru sampai. Penat katanya. Nak berehat." Azhar menerangkan.

"Eh, kau kata rumah tu dah lama orang tak duduk kan?" Azman memandang dengan muka menyeramkan.

"Kau dah kenapa bijak?" Azhar malas melayan kawannya yang sakit otak tu. Dia mula menapak keluar.

"Biasanya mak aku kata kalau dah lama tinggal rumah tu berhantu woi! " Azman melaung.

. . .

Malam tu, Zurin mengemaskan baki barangnya. Esok semester baru bagi pelajar Degree akan bermula. Dia mesti mendapatlan rehat yang secukupnya bagi menghadapi hari baru. Sedang dia mengemaskan baju untuk dimasukkan ke dalm almari dia terdengar satu bisikan dari belakangnya.

"Zurin ~" Sepantas kilat dia menoleh kearah suara itu. Dia hanya nampak katil yang bersepah dengan barang peribadinya sahaja.

[Bersambung]