Ini Alien ~

Monday, October 6, 2014

Dia Hidup (episod 2)

'Perasaan aku je ke? '

Zurin lalu bangun dari duduknya dan mengemas katilnya sebelum  berbaring diatas katil untuk berehat.

. . .

[Dirumah Azhar]

"Kau biar betul 'Ar!" Azman mula tak sedap hati dengan cerita Azhar.

"Wallahi. Tuan rumah tu yang bagitau aku." Azhar membenarkan ceritanya.

"Mana kau kenal tuan rumah tu? " Azman meminta kepastian.

"Aku ada dengar dia cerita kat orang masa kat warung Pak Syed. Aku dengarkan je la" Azhar bersungguh-sungguh memberitahu.

"Habis Zurin tau tak?" Azman memandang dengan pandangan yang penuh pertanyaan.

Azhar sekadar mampu mengangkat bahu.

. . .

Zurin melangkah masuk kerumah dengan ucapan salam untuk mereka yang ghaib.

Terngiang-ngiang suara Ustazah Zainab yang mengajar subjek agama Islam.

"Kita wajib mempercayai mereka yang ghaib. Walaupun kita tak nampak dia. Tapi kita tau dia ada. Kita kena tau dia ada. Kita wajib tau. Antara yang ghaib adalah malaikat, jin, syaitan dan syurga dan neraka."

Barangan dapur yang dibeli dari pasaraya berdekatan disimpan ditempat sepatutnya di dapur. Ketika dia menunduk untuk menyimpan sayur didalam peti sejuk serentak itu juga pintu dapur terbuka. Cepat Zurin memandang ke arah pintu dapur itu.

Tanpa berlengah lagi dia menuju ke pinu dapur lalu menjenguk keluar.

'Takde orang. Aku rasa dah kunci dah pintu ni sebelum keluar tadi.'

Zurin meneruskan kerjanya mengemas barang dapur dan masuk kebilik untuk melepas lelah.

Azan zohor berkumandang semasa Zurin baru hendak berbaring di atas katil. Terus dia duduk kerana teringat pesan ibunya.

'Jangan baring masa tengah azan. Nanti jenazah kita jadi berat'

Zurin terus kebilik air dan mengambil wuduk. Wuduk yang khusyuk untuk menghadap Yang Satu. Dia melangkah menuju tikar sejadah yang digantung sambil membaca ayat kursi. Sejadah dan telekung yang tersidai rapi itu ditarik lalu sejadah berwarna merah hati itu dihamparkan sambil bibirnya serta hatinya masih lagi khusyuk membaca surah tiga qul. Zurin mempersiapkan duri menghadap Allah. Takbir diangkat dengan penuh perasaan dan khusyuk.

Salam pertama diucap Azhar semasa memandang kekanan diikuti dengan Azman sebagai makmumnya. Lalu Azhar meneruskan memberi salam sambil memandang kekiri. Wirid dibaca sebelum doa dilafaz dan diamin oleh Azman.

Al-quran diatas meja dicapai lalu dimuka pada tempat yang ditanda. Surah Fatiha dibaca sebagai pembuka bacaannya. Suara yang merdu itu membaca setiap bait kalimah yang tertulis. Warkah cinta dari Illahi dibaca penuh khusyuk, penuh nikmat. Dadanya terasa aman dan tenang membacanya.

Langsung dia bangun dan melipat kain telekung setelah Al-quran itu dikucup dan diletakkan ditempat asal. Zurin langsung ke dapur untuk memasak. Perutnya berkeroncong mendendangkan lagu heavy blackmetal.

"Lapar la 'Ar. Kau takde makanan ke?" Azman mengusap-usap perut sadonya.

"Maggie je la aku ada. Aku belum beli barang basah lagi la. Gaji belum masuk." Azhar membalas.

"Haih? Macam tu pulak? Maggie pon maggie la, asal kesayangan aku ni tak lapar. Sabar ye sayang, nanti daddy bagi makan ye " Azman mengusap perutnya dengan lembut. Serentak tu juga kusyen kecil melayang ke udara tepat kemuka Azman.

"Gila ke?  Nak makan, makan je la. Jangan la buat aku seram. Ada yang makan kaki aku ni kang" Azhar memandang Azman dengan pandangan yang jelek. Meremang bulu roma dia menyaksikan adegan kawan serumah dia tu.

"Assalamualaikum! " laungan salam cukup membuatkan mereka berdua yang bertekak didalam rumah serentak memandang keluar.

"Siapa?" Masing-masing bertanya sesama sendiri.

Azman menendang punggung Azhar semasa dia sedang bangun untuk membuka pintu.

"Jangan sampai kau nyawa-nyawa ikan eh lepas ni." Azhar membaling surat khbar yang dibacanya tadi ke Azman dan disambut hilai tawa rakannya.

Pintu pagar rumah dijenguk. Terlihat gadis bertudung sarung warna hijau tahi lembu menatang sesuatu.

"Eh Cik Zurin? Kenapa? Kami buat bising lagi ke?" Soalan diaju bertubi-tubi membuatkan Zurin tersipu malu.

"Eh bukan. Saya nak bagi ni. Tadi saya masak lebih." Sambil menghulur mangkuk kaca  berisi ikan tongkol masak asam pedas. Kecur air liur Azhar melihat lauk yang diberi. Terketar tangannya menyambut.

"Terima kasih ye Cik Zurin. Buat susah-susah je" Tergagap-gagap  dia melafazkannya.

"Eh tak payah la bercik-cik bagai. Panggil Zurin je" Dia menghilangkan gugup jirannya.

"Ya Allah. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Orang lapar disorong lauk " Serentak mereka berdua mengalih pandangan ke arah Azman yang menyarung selipar jepun lalu berlalu ke arah mereka berdua dengan senyum kambingnya.

"Zurin, ni kawan saya Azman. Azman, Zurin" Azhar memperkenalkan.

"Wah! Cantik rupanya jiran kita ni. Bolehla join sekali makan." Azman membuat muka bersahaja.

'Ada yang makan nasi guna berus jamban juga karang' Azhar menjegilkan mata ke arah Azman.

Azman sengaja buat-buat tak nampak lalu kembali memandang ke arah gadis bersaiz kecil dihadapannya. "Tapi Zurin, rumah kami ni takde nasi. Maggie ada la" Azman saja memanaskan keadaan dengan pernyataannya.

"Takpe. Nasi saya pon ada lagi. Nanti saya bagi ye. Tunggu tau." Zurin segera berlari-lari anak masuk kerumah.

Azhar rasa nak hempuk mangkuk asam pedas pada Azman.

"Kau ni tak malu ke? " Azhar menyepak kaki Azman sambil mengimbangkan mangkuk asam pedasnya.

"Lah, kan betul kita takde nasi. Nak buat macam mana. Kalau tak, nak makan dengan apa? Kau ni pon. Kalau.malu, lagilah tak boleh makan tau" Azhar hanya mendiamkan diri. Ada betulnya apa yang Azman cakapkan.

"Eh kau tak cakap pon yang Zurin ni lawa. Kalau tak aku dah usha dia dah." Azman mencuit ketiak Azhar. Bergegar kuah asam pedasnya.

"Kau ni pon nak geletek-geletek aku sabar la. Tunggu kat dalam rumah boleh tak?" Azhar masak dengan sikap Azman yang gila-gila ni.

"Sorry ye lambat. Nah." Zurin tiba-tiba muncul di depan mereka.

Azman menyambut pinggan berisi nasi yang diberi Zurin "Terima kasih ye Zurin." Azman memberi senyuman pada Zurin. Tertunduk Zurin kerana malu.

. . .

"Alhamdullilah " Azman mengucapkan syukur setelah berjaya mengeluarkan gas yang dipanggil sendawa. Azhar mengipas-ngipas bau yang keluar dari mulut Azman. "MasyaAllah! Tak senonoh betul. Kot ye pon nak sendawa jangan sampai mengorbankan nyawa orang boleh tak ?" Azhar mengemaskan tempat makan mereka yang dah macam tapak piranha melahap.

Zurin terkejut apabila gelas yang disusunnya rapi jatuh dari tempat pengering pinggan dan mangkuk. Cepat dia mengucap panjang.

'Takkan la angin kot? Amboi kuatnya angin nak tiup gelas ni?' Zurin cuba berfikiran positif. Terus dicapainya penyapu dan pengaut sampah.

Dia menghenyakkan punggung pada kerusi dan menghadap meja belajar. Meneruskan kerja yang tadinya tergendala. Dia meletakkan headphone yang disambung dengan mp3. Butang play ditekan. Surah Ar-Rahman menyejukkan hatinya yang gelisah tika itu.

Tanpa disedari gadis itu, sepasang mata memandangnya disebalik kain langsir berwarna hijau pucuk pisang itu. Bulu romanya terasa meremang tetiba. Dia mengusap tengkuknya sambil mengucap panjang.

[Bersambung]

No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.