Ini Alien ~

Wednesday, October 8, 2014

Dia Hidup (episod 4)

"Keluar!" Suara garau itu menjerkah gegendang telinganya hingga dia tersentak.

"Ya Allah!" Panas mukanya menahan kalut sementara jantungnya menghentak dada. Suara yang tiba-tiba menyergah dia tadi dirasakan dekat dengan telinganya. Bergetar giginya mengalun zikir. Al-quran diambil lalu dipeluknya kuat-kuat. Katil menjadi tempatnya menghenyakkan tubuh. Selimut pantas ditarik menutup seluruh tubuhnya. Sementara lidah masih lagi basah dengan zikrullah. Tangan yang tadinya kuat menggigil kini menjadi semakin diam. Lidah yang tadi lincah memuji Yang Satu menjadi perlahan. Matanya semakin kuyu dan berat. Dan pandangannya semakin kabur. Akhirnya, gadis bersaiz kecil itu lena ketika berzikir.

. . .

"Eh Zurin! Kenapa termenung? " Bahu gadis itu dipegang lembut.

"Takde pape la. Aku ok je" Zurin memandang gadis bertudung merah hati dipadankan dengan jubah  berwarna hitam. Kad pelajar yang dipakainya terpampang nama tuan empunya badan, Jasmin.

"Kau asyik termenung je dari tadi. Madam tanya pon kau kalut. Tipu la kalau takde pape." Jasmin mengambil tempat disebelah Zurin.

Zurin memandang mata Jasmin dalam-dalam. Ada sesuatu yang ingin disampaikan tapi dia tak mampu nak keluarkan. Takut diketawakan. Jasmin hanya memndang dengan penuh pertanyaan. Nak bertanya lagi, takut menyinggung. Akhirnya, mereka berdua hanya mendiamkan diri.

"Jom makan ." Jasmin mula bangun dari duduknya. Diikuti Zurin yang masih terngiang-ngiang surau garau itu.

Dia menapak perlahan-lahan menuju cafe yang baru dibuka baru-baru ni berdekatan blok pensyarah. Tangannya hilang daya hingga buku ditangannya terjatuh. Berselerakan kertas-kertas nota dan buku  yang tadinya kejap dipegang. Jasmin mengucap panjang setelah terdengar bunyi benda terjatuh. Pantas dia berlari ke arah Zurin.

"Are you okay?" Tangan seorang lelaki menghulur kertas nota yang berterbangan hinggap ke kakinya tadi. Zurin mengangkat muka untuk mengucapkan terima kasih. Sebaik sahaja dia hendak menyambut kertas itu, dia terlihat pemilik jam tangan Rolex yang berkemeja ungu. Pemilik jam tangan Rolex perak itu nampak lebih terkejut melihat pemilik tudung berwarna biru nila dihadapannya.

"MasyaAllah! " Zurin tergamam. "Zurin?" Pemilik jam tangan Rolex perak itu masih terkejut. "Azhar" Zurin terkial-kial mengutip sisa notanya. "Subhanallah. Tak sangka pulak kita jumpa kat sini. Student ke? " Azhar tidak dapat menyembunyikan senyumnya. "Yup. Degree part 3" Zurin membuka kata. "Haaa. Korang kenal?" Jasmin yang dari tadi mendiamkan diri mula curiga.

"Ya Allah! Yeke? Patut la terkejut macam apa." Jasmin menghabiskan sedutan terakhir air tebu yang dibelinya untuk makan tengahari. "Tak sangka pulak awak ni lecture kat sini." Zurin masih tak percaya terserempak dengan Azhar di kolejnya. "Dah nak dekat 3 tahun jugakla saya mengajar kat sini. Tapi saya ajar budak diploma part 1 dengan 5 dengan budak degree part 1" Azhar mempromosi dirinya. Mereka berdua sekadar mengangguk. "Azman?" Zurin bertanya.

"Oh. Dia pun lecture juga kat sini. Cuma dia baru pindah kesini masa naik sem baru ni." Azhar menerangkan. "Macam mana buku boleh sampai terlepas dari tangan awak Zurin?" Azhar memandang gadis berbaju kurung biru dihadapannya. Zurin hilang kata hingga kelu lidahnya. Dia masih menunduk. "Ada benda yang tak kena ke dekat rumah tu?" Azhar teragak-agak bertanya. Pantas gadis berkulit mulus itu mengangkat muka. Ada sesuatu yang berlegar dikepalanya untuk bertanya. Tapi masih beku dikerongkong. "Mana awak tau?" Zurin bertanya penuh pengharapan jawapan yang bakal dikelarkan akan menghapuskan pertanyaannya selama ini.

"Aaa ~ guys. Sorry. Tapi we are going to dead sebab lepas ni kelas Madam Nazihah." Jasmin menggigit kukunya. Tangannya tidak senang diam kerana pensyarah yang dimaksudkan garang yang amat. Strict nauzubillah hingga pernah seorang student perempuan lambat kekelasnya yang pada waktu itu pukul 8 ditendang keluar dan tidak dibenarkan masuk hingga seminggu kemudian apabila pelajar perempuan membuat surat memohon maaf kepada pensyarah tersebut. Membayangkannya sahaja membuatkan pelajar-pelajar lain terpacak dihadapan dewan kuliah seawal pagi lagi.

"Boleh saya minta nombor awak? Kalau ada apa-apa saya call awak." Azhar  teragak-agak meminta. Setelah bertukar nombor, dua pelajar perempuan itu meminta diri lalu berlari-lari anak keluar cafe untuk ke dewan kuliah.

Telefonnya menjerit minta diangkat.

"Waalaikumussalam.  Aku kat cafe."

Perbualan yang amat ringkas itu dimatikan. Dahinya berkerut memifikirkan nasib  jirannya yang menetap disebelah rumahnya. Bukan seorang dua yang sudah berpindah keluar dari rumah itu. Tapi masalah tetap menjadi semakin teruk apabila ada penghuni baru yang menetap disitu. Paling lama mereka akan menetap pun 6 bulan sahaja. Sebelum berpindah dengan tergesa-gesa.

'Sesuatu mesti dilakukan' getusnya.

[Bersambung]

No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.