Cepat-cepat dia bangun menutup tingkap. Angin kuat dari luar bertiup dengan kencang. Barang-barang yang bersaiz kecil dan ringan mula berjatuhan dari tempatnya.
Dia berlari-lari anak mengutip barang yang bersepah di atas lantai. Serpihan dari barangan kaca bertebaran dimerata tempat. Mulutnya terkumat-kamit berzikir. Memuji Sang pencipta di kala hati gundah gelisah. Tika itu juga, azan maghrib mula berkumandang. Dengan pantas dia mengemaskan apa yang patut dan mula mengambil wuduk untuk menunaikan solat.
Selepas membaca warkah cinta dari Illahi dia mendiamkan diri di atas tikar sejadah. Imbasan semasa dikampung halaman berlegar-legar didalam mindanya. Wajah ibunya tiba-tiba muncul. Disebelah ibunya berdiri seorang lelaki tua berjanggut yang tidak dikenali.
Lelaki itu membisikkan sesuatu ditelinga ibunya. Bisikkan itu walau dirasakan jauh tapi cukup untuk menggegarkan gegendang telinganya. Ada sesuatu yang mencurigakan diucap lelaki tua berjanggut itu. Wajahnya berkerut ketakutan. Tangan ditekup ke mulutnya yang bergetar ketakutan. Matanya mula bergenang dan air jernih itu laju menuruni pipi gebunya. Esakkan tagisnya semakin kuat. Membuatkan lelaki tua berjanggut itu mengalih pandang kearahnya. Terkejut dia hingga terduduk kebawah. Lelaki tua itu berjalan perlahan-lahan kearahnya. Dia pula mengesot-ngesot kebelakang. Kakinya terasa lemah ketika itu. Wajah lelaki tua itu nampak mengerikan. Makin lama jarak lelaki tua itu semakin dekat dengan dirinya. Tangan lelaki tua itu mengunjur kehadapan untuk menggapai dirinya yang sudah tidak mampu bergerak lagi. Tangan tua yang kasar itu merentap bahunya. Dia memejamkan mata dan mengalihkan mukanya kearah lain. Tak mahu memandang wajah lelaki tua itu yang nafasnya amat dekat hingga boleh menerbangkan beberapa helai rambutnya. Lelaki tua itu membeliakkan matanya yang kemerahan dan berair lalu menjerit sekuat hati. Mendebarkan jantungnya yang sememangnya sudah laju menendang dadanya.
Dia tersedar langsung terduduk. Dadanya diurut-urut lembut. Jantungnya masih berdebar dek kerana mimpi tadi. Rupanya dia terlelap sekejap setelah teringatkan ibunya. Cepat-cepat tangan kecil itu mencapai telefon bimbit diatas katil. Laju jarinya mendail nombor rumah ibunya dikampung. Lama dia menunggu akhirnya talian dihujung sana bersambut.
"A...as...Assalamualaikum mak." Tergagap-gagap dia kerana masih lagi dihantui mimpi tadi.
"T...takde pape. Angah cuma nak tanya khabar mak. Mak sihat kan? Takde pape yang jadi kat kampung kan? " suaranya mempamerkan kebimbangan.
"Alhamdullilah. Takde. Angah mimpi pasal mak tadi. Angah takut kalau jadi pape dekat mak. Kalau ada pape mak call angah cepat-cepat tau. Assalamualaikum " Zurin memberi kata sebelum talian dimatikan.
"MasyaAllah! Kau ni kenapa Man?" Terketar tangannya memegang pen. Tergendala sebentar kerjanya akibat kejutan dari Azman yang memakai topeng muka yang mengerikan yang dibeli semasa pergi ke rumah hantu suatu masa dulu.
Azman hanya menyambut jerkahan Azhar dengan hilai tawa yang membingitkan telinga. "Haih. Takkan hero malaya pon takut?" Semakin galak usikan dari Azman menyebabkan darahnya menggelegak. Cepat dia kawal dengan beristighfar.
"Tak payah nak kacau aku boleh tak. Aku nak siapkan kerja - kerja aku ni." Azhar meneruskan kerja dengan tangan yang masih terketar. Digoyang-goyangkan tangannya untuk seketika sebelum kembali meneruskan kerjanya sekali lagi.
Azman mengambil kerusi lalu duduk menghadap Azhar. Pandangan matanya tepat memandang dalam anak mata Azhar. Azhar yang perasan dengan tingkah lakunya mengerutkan dahi. "Kau dah kenapa? Tak puas lagi nak buat dajjal kat aku?" Dia jadi tidak senang dengan pandangan housematenya.
" 'Ar" lembut suara Azman memanggil. Meremang bulu roma Azhar dengan panggilan sebegitu. Lambat-lambat mukanya diangkat memandang Azman. Dahinya semakin bertambah kerut.
"Kau tau kan aku sayang kau?" Suara Azman masih lembut seperti tadi. Untuk kesekian kali bula roma dia semakin menegang. "Aku dah lama tunggu saat ni nak cakap something kat kau" Dia mendekatkan mukanya dengan Azhar membuatkan lelaki itu semakin cuak.
"Sebenarnya." Azman berhenti menarik nafas. "Sebenarnya" Azhar masih lagi menunggu ayat yang bakal dikeluarkan. Dia gelisah kalau-kalau ayat yang bakal diucap nanti membuatkan tidur malamnya terganggu. "Sebenarnya aku lapar wei! " Dia melaung ditelinga Azhar. Lelaki itu mengurut lembut dadanya. "Kau ni. Lain kali jangan takutkan aku sangat boleh tak. Biadab punya orang" Sekali lagi Azman hanya menyambut jerkahan lelaki berhidung mancung itu dengan ketawa yang membingit.
"Cepatlah masakkan untuk aku" Dia mengarahkan rakannya yang masih cuak. "Amboi banyak lawa muka kau. Ingat aku bibik kau ke?" Azhar membaling pen kearah rakannya. Muncung mulut Azman diperlakukan begitu.
"Yelah. Aku buat la ni." Azhar hanya menurut kemahuan lelaki berperangai kebudak-budakkan itu.
"Ya Allah!" Panas mukanya menahan kalut sementara jantungnya menghentak dada. Suara yang tiba-tiba menyergah dia tadi dirasakan dekat dengan telinganya. Bergetar giginya mengalun zikir. Al-quran diambil lalu dipeluknya kuat-kuat. Katil menjadi tempatnya menghenyakkan tubuh. Selimut pantas ditarik menutup seluruh tubuhnya. Sementara lidah masih lagi basah dengan zikrullah. Tangan yang tadinya kuat menggigil kini menjadi semakin diam. Lidah yang tadi lincah memuji Yang Satu menjadi perlahan. Matanya semakin kuyu dan berat. Dan pandangannya semakin kabur. Akhirnya, gadis bersaiz kecil itu lena ketika berzikir.
[Bersambung]
No comments:
Post a Comment
Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-
1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.