Ini Alien ~

Thursday, January 30, 2014

Sayang awak ! ( Ep 7 )

Di luar stadium...

Hani : Hi guys 

Akmal : Hah! Datang pon.

Fakhrul : Haha wei! Lambatnya ?

Hani : Tadi cari korang la. Mulanya nampak Michael dengan Adam tapi tak nampak korang. Ingat nak call tapi dah nampak korang kat sini.

[Pengumuman ]

" Perhatian kepada Muhammad Akmal, sila ke gelanggang B sekarang "

Akmal : Aku blah dulu.

Fakhrul : Good luck!

Hani : Good luck.

Akmal berlari masuk untuk ke gelanggang yang disebut.

Hani : Hah ! Kenapa suruh aku datang?

Mereka melangkah perlahan-perlahan menuju ke kaki lima dan duduk di situ.

Fakhrul : Alaa ~ Suruh datang pon marah.

Hani : Haha ~ Yelah. Kalau tak boleh, aku baring-baring kat bilik.

Fakhrul : Saje. Aku bosan ~ Sunyi. Tak de sapa nak teman.

Hani : (ketawa) Habis Ina mana?

Fakhrul : Dia ada kelas. Biarlah dia. Tak ada dia, aku ada kau haha!

Hani : Amboi! Ingat aku ni perempuan simpanan kau ke?

Fakhrul: Sudi?

Hani : Hey! Kurang asam !

...

Nur : Astaghfirullahalazim~ 

Dia tidak menyangka apa yang dilihatnya. Dia sudah memerhatikan mereka sejak Akmal berlari menuju ke gelanggang. Hasratnya untuk membeli makanan tergendala. Tangannya terketar-ketar menyeluk saku seluar mencapai telefon. Nombor didail.

...

Di dalam stadium

Mia : Lambatnya Nur. Beli makanan ke buat makanan?

Adam : Pergilah tengokkan. Kau pun satu yang kau suruh dia pergi sorang-sorang kenapa?

Mia : (memuncungkan mulut) Alaa ~ aku penat. Lagipun dia tak kisah pon.

Telefon Mia berdering.

" Waalaikumussalam "

" Hah! Kau kat mana? "


" Betul ke apa yang kau nampak? "


" Yelah. Yelah. Tunggu situ. Aku pecut "

En. Adnan yang melihat perlakuan Mia mula merasa sesuatu.

En. Adnan : Kenapa?

Mia : Nur, dia kata dia nampak Fakhrul dengan Hani dekat kaki lima kat luar stadium.

En. Adnan : Hani mana?

Mia : Budak aliran sains.

Adam : Wow wow ! Wait. What? Hani dengan Fakhrul? Berani betul Fakhrul tu. Mentang-mentang Ina tak ada.

Mia : Aku pergi dulu. Saya pergi dulu Mr. Adnan.

En. Adnan : Wait! Saya ikut.

Mia : Err... Tak apa ke encik?

En. Adnan : Saya yang bertanggungjawab. Saya bawa dia kesini atas tujuan untuk tournament. Nampaknya, lain yang datang.

Mereka melangkah ke luar stadium dengan langkah yang pantas. Mia mula merasakan sesuatu bakal terjadi.


Tuesday, January 28, 2014

Sayang awak ! ( Ep 6 )

Seminggu berlalu ...

Dia menggawangkan tangan untuk mengacah lawannya. Persaingan antara mereka semakin sengit. Sorakan disekeliling mereka terasa seperti bunyi tebuan. Lawannya yang termakan dengan acahnya memandang tangan yang digawangkan. Melihatkan tumpuan lawannya yang teralih dari 'target' yang dipakainya dia langsung melakukan serangan . 'Double kick' dan 'reverse kick' dikenakan sekaligus ke arah lawannya . Lawannya hilang imbangan lalu tumbang ke tepi pengadil . Perlawanan tamat . Wisel ditiup memandakan masa tamat . Masing-masingberjalan ke arah 'coach' masing-masing . 

Adam : Nice shot bro!

Michael : Thanks coach (senyum)

Adam : Come on la ! Dengan aku tak payah nak bercoach sangat. Haha !

Pengadil : Chong ! Hong !

Adam : Good luck !

Michael dan lawannya melangkah ke arah gelanggang . Berhadapan .

Pengadil : Chong ! (sambil mengangkat tangan menunjukkan angka lapan pada Michael) Hong ! (angka lima pada lawannya)

Adam : Yes

Michael menyalam lawannya dan menuju ke arah coach lawannya untuk tunduk hormat . Begitu juga lawannya.

Danny : Tahniah . 

Lawannya membisikkan ucapan itu semasa mereka berselisih ke arah coach sendiri .

Adam : Tahniah bro tahniah ! Ready for the next round . Pergi makan roti sikit. Jangan biar perut kosong .

Michael : Hmm ...

Adam : Haih ? Aku punya la sokong kau tadi sampai serak suara aku . Kau hmm je ?

Michael : Habis kau nak aku buat apa ? Sorak untuk kau juga? Sudahlah. Mana roti ?

Adam : Bertuah punya kawan. Tu hah !

Mia : Michael! Congrats .

Michael : Thanks. Sorang je ?

Michael mengambil tempat agak jauh dari Mia .

Mia : Tadi dengan Nur, dia pergi solat kejap.

Michael : Kau tak solat?

Mia : Cuti.

Michael : Ooh .

Nur : Assalamualaikum .

Mia : Waalaikumusalam (sengih) Meh duduk sini .

Adam : Eh! Nur ? Kau ikut sekali? 

Mia : Kau kenapa ? Dia kan bendahari .

Adam : Eh lupa . Haha ~ Kau naik siapa pergi sini ? 

Mia : Mr. Adnan , our lovely papa ~

Ketawa mereka bergema di kawasan tempat mereka duduk.

En. Adnan : Hah ! Mengumpat saya ye .

Diam .

Adam : Eh. Tak de la . Encik dah makan ?

En. Adnan : Dah. Baru lepas makan ni. Hah ! Michael macam mana ?

Adam : 8-5 ada lagi dua game. Lepas tu we are the champion!

En. Adnan : Whoaa ~ Really ? Good job. Fakhrul dengan Akmal mana ?

Adam : A'ahlah. Tak perasan.

Michael : Diorang pergi beli makanan kat luar.

En. Adnan : Haih ? Dah disediakan makanan tak cukup lagi ke ?

Michael : Lagipun Fakhrul dah habis game. Kalah masa game ke tiga. Akmal ada lagi dua game.

Adam : Fakhrul tu asyik kalah je manjang? Penat je bawak tournament. Tiap kali mesti kalah.

Nur : Bukan rezeki dia la agaknya.

Mia : Hm Hm (angguk kepala)

Adam : Mana kau tau diorang keluar?

Michael : Fakhrul mesej.

...

Di luar stadium .

Akmal : Wei ! Cepatlah mana kau punya aweks tu? Aku ada game kejap lagi.

Fakhrul : Sabarlah, aku tengah cari ni.

Akmal : Cuba mesej dia, tak pon call je terus.

Fakhrul menyeluk saku lalu menarik keluar handphonenya.

Hani : Hi guys.

Bersambung ...


Tuesday, January 21, 2014

Sayang awak ! ( Ep 5 )

Ina bergegas bersiap untuk berjumpa dengan Fakhrul . Nur hanya memerhatikan tingkahnya dengan ekor mata . Keluhan kecil terhembus tanpa disedari sesiapa .

Nur : Ina , nak kita temankan tak ?

Ina : Teman ?

Nur : Pergi jumpa Fakhrul

Ina : Tak pe lah Nur . Kau buat assignment kau je eh ?

Nur hanya membisu . Beberapa ketika Ina memulas tombol pintu Nur bersuara lagi.

Nur : Betul ni Ina ? 

Ina yang malas berpusing hanya menggawangkan tangan kanannya .

Nur : Janji pukul berapa ?

Ina : Lepas Asar (acuh tak acuh)

Nur : Allah . Kan belum Asar lagi ni  . Tak nak tunggu Asar ke ?

Ina : Ah ! Bising la kau ! Nanti aku singgah la surau ke apa solat Asar kat mana - mana .

Pintu dihempas dengan kuat membuatkan Siti yang khusyuk menelaah tersentak .

Siti : Eh , nenek aku kak ton ! (melatah) . Astaghfirullahalazim ~

Nur  : (Tersenyum dan menggeleng) Amboi ! Comel nya nenek kamu ?

Siti : (Tersengih malu) Err haha ~ Nenek aku selalu buat facial hujung minggu (jawabnya berseloroh)

Ketawa mereka bergema didalam bilik . Tidak terlampau kuat untuk memaksa orang bilik sebelah menghentak kepala ke dinding.

Siti : Eh , mana Ina ? Dah ghaib ?

Nur  : Yang hempas pintu tadi siapa ?

Siti : Oh dia ? Tak pasal-pasal nenek aku tersedak . Pergi mana dia ?

Nur  : Fakhrul .

Siti : Ayo ! Jumpa mamat kasanova tu ka ?

Nur  : ( membeliakkan mata ) Kasanova ?

Siti : Ha lah ~ Dengan semua perempuan dia nak . Apa macam mamat tu ? Kalau dapat kat aku , aku toreh lubang hidung dia . Ingat kacak sangat la muka ?

Nur  : Eh eh ? Sabar . Kenapa kamu pulak yang marah ?

Siti : Allah ~ (tepuk dahi) ehehe . Eh dah Asar , jom .

Nur mengangguk dan melangkah ke bilik air . Wudhuk diambil dengan sesempurna mungkin . Dia bukan sahaja berwudhuk secara lahiriah malah batiniah - menganggap diti hina untuk menghadap Allah Yang Khalik . Menyesali dosa - dosa yang dilakukan sepanjang nafasnya . 

Solatnya khusyuk seperti benar dia menghadap Allah . Membayangkan sebelah kanannya adalah syurga dan sebeleah kirinya merupakan neraka . Sejadah diibaratkan titian siratulmustakim , dibelakangnya dibayangkan Malaikat Maut yang akan menarik rohnya bila-bila masa sahaja . Dan dia mengandaikan ini adalah solat terakhirnya jika ajal menjemput .

Usai solat , Nur berwirid ringkas dan menadah tangan memohon ampun dan bersyukur dipanjangkan umur dalam mentaatiNya dan RasulNya. Doa untuk sahabatnya juga tidak dilupakan .

' Ya Allah Ya Mutakabbir , hidayah itu milikMu . Maka , hambaMu yang hina ini ingin memohon padaMu supaya dilembutkan hati sahabatku supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah kepadaMu . Buka kanlah mata hatinya supaya dia melihat yang mana satu hak dan batil .'

. . .

[Flashback]

Nur menaip dengan teliti assignment yang bakal dihantar 3 minggu lagi . Jari runcingnya terhenti untuk mengambil nafas .

( Di perpustakaan )

(twitter)
@Fakhrul: wei sayangku Hani , apakah kau baik - baik sahaja ?

@Hani: mestilah . I kena sihat untuk U Fakhrul .

@Fakhrul: Haha ~ Gedik la kamu !

@Hani: merajuk la macam ni

@Fakhrul: alolo nah lolipop

@Hani: tak nak !

@Fakhrul: *petyourhead

@Hani: meoww ~

@Fakhrul: Grrr ~

@Hani: Haha !

@Fakhrul: nak kahwin 4 boleh ?

@Hani: tanyalah Ina 

@Fakhrul: Takpe , Isteri kena restu juga ! Dapat payung emas . wakakaka

@Hani: Haha , berani ?

@Fakhrul: mestilah !

Nur beristighfar berulang kali . Dia meraup muka dan meletakkan kedua belah tapak tangan di kedua belah pipi . Dia hampir tidak percaya dengan apa yang dilihat . Kemesraan yang sengaja dipamer oleh dua makhluk spesies alien di laman twitter .

' Kalau Ina tau ni ' Getus hatinya .

Mia : I'm home !

[Flashback tamat]

Nur : Assalamualaikum ahli syurga .

Mia : Eh (tersengih sumbing malu) sorry. Assalamualaikum, waalaikumusalam .

Nur : (membuat-buat muka sebab dia tak tau nak buat muka apa ) Haih ? Sendiri beri sendiri jawab ?

Mia : omnomnomnomnom (*duckface) . (menghempaskan badan di katil)
Penat nye ~

Nur : Buat apa sampai balik lambat ni ? Dah solat ?

Mia : Belum . Tu hah ~ Your sincerely papa suruh aku pergi jumpa budak lelaki ahli Taekwondo informkan minggu depan tournament .

Nur : My sincerely papa ? (terkebil-kebil)

Mia : En. Adnan 

Nur : Oh ~ (tergelak) Ada ke pulak ?

Mia : Yelah ~ kau kan pelajar contoh dia .

Nur : Subhanallah ~ macam perli je ? macam perli je ?

Mia : Haha ~ taklah . Aku cakap betul ni .  

Senyap ( tik tok tik tok )

Mia : Aku solat dulu .

Nur : Hmmm ~

Mia : Siti dengan Ina mana ?

Nur : Tu (memuncungkan mulut ke arah Siti yang tidur) Dia suruh kejut pukul 6.00 nanti . Nak berehat kejap katanya . Ina , jumpa Fakhrul .

Mia : Fakhrul ? Apa la ada kat mamat tu ? (berjalan mendekati Siti yang ternganga mulutnya)

Dia menggeletek kaki Siti untuk mengganggu tidur rakannya .

Siti : Woi ! Nak mati ke ? 

Mereka berkejaran di dalam bilik sehingga katil bilik orang sebelah-atas-bawah terasa bergegar .

Unknown 1 : Wei ! Kiamat ke ? Hari ni hari Selasa 

Unknown 2 : Rusuhan la tu . Mogok tak dapat kangkung masak belacan .

Unknown 1 : Eh kan dah murah ?

Dan ketawa mereka mengiringi perang bantal didalam bilik . Dua-dua berdiri di atas katil masing-masing

Siti : Kau sini kau ! Aku kata sini !

Mia  :(menjelir lidah) Mai la kalau berani . 

Siti melompat untuk kekatil Mia . Ketika itu , Ina melangkah masuk dengan senyum sampai kebelakang kepala . Dirasakan jam berhenti berputar . Dan Siti berhenti di udara memandang Ina . Malah , semua mata di dalam bilik itu memandang Ina . 

Dush ! Siti terhempas ke lantai .

Mug dibilik sebelah kedengaran pecah terhempas kelantai . Dan kedengaran orang menjerit .

Orang : Woi ! Agaklah . Nak gaduh sini dengan aku . Bla. bla. bla.

Mereka terdiam dan berpandangan 

Mia  : Aku nak solat .

Nur  : Assignment belum siap.

Siti : Aduh ! Nak sambung tidur.

Ina  : lalala ~ ( berjalan ke katil dengan senyum yang masih sampai ke belakang kepala )

Bersambung ... 

Monday, January 20, 2014

Sayang awak ! ( Ep 4 )

Ina menghempaskan badannya di atas katil sambil merenung syiling . Kata - kata Nur terngiang - ngiang di dalam kepalanya .

" Sebagai manusia , Kita sayangkan kamu . Kita tak sangguptengok kamu bergelumang dengan dosa . Hatta, kita sendiri pun tak saggup menanggung dosa kita sebab biarkan kamu bergelumang dengan dosa "

' Ah ! Biarlah . Aku tetap percaya  dekat Fakhrul .' Hatinya membentak - bentak .

Telefonnya menjerit meminta untuk diangkat . Lamunannya bersepai entah ke mana .Dilihat skrin telefon ' Fakhrul '

Ina     : Hello.

Fakhrul : Hi , sayang . Apa khabar ?

Ina     : Hihi ~ baik . Awak ?

Fakhrul : Saya baik - baik je . Jom jumpa .

Ina     : ( spontan terduduk ) Bila ? Kat mana ?

Fakhrul :Hmm ~ KFC la . Petang nanti lepas Asar .

Ina     : Set ! Ok jumpa awak kat sana ok .

Fakhrul : Ok . Bye sayang , assalamualaikum ~

Ina     :Waalaikumusalam .

Senyumnya sampai ke telinga sambil kembali berbaring di atas katil . Dia menjeling jam 1.40 p.m . 

' Nanti lah pukul 2.30 aku solat zuhur '

' Tak baik melengah - lengahkan solat . Syaitan tu ' Suara Nur tiba - tiba menerjah kotak fikirannya . 

' Ah ! Lantaklah ' Sambil memejamkan mata .Dan akhirnya , dia tertidur .

Pukul 4.00 p.m

Nur memasuki bilik yang dikongsi bersama Ina dan dua orang sahabatnya lagi . Siti dan Mia .

Apabila terlihat Ina terbongkang di atas katil Nur menggeleng kepala lalu mengalihkan pandangan pada katil Siti .

Nur  : Siti , Ina dah solat Zohor tadi ?

Siti : Entah , tadi aku ada kejut juga . Dia mamai , jadi aku biarkan .

Nur  : Allah ~ kenapa tak kejut lagi ?

Siti : Malas lah aku , nanti kena marah lagi macam hari tu . Aku tak suka la . Kau nak , kau je lah yang pergi kejut eh?

Nur  : Ina ... Ina ... Bangun , dah solat Zuhur belum ?

Ina  : Mmmm ...

Nur  : Ina , dah solat belum ?

Ina  : Nantilah , 2.30 nanti kau kejut aku eh ?

Nur  : ( terkebil - kebil matanya ) Ya Allah ! Ina , dah pukul 4.00 la . 

Ina  : ( terbuntang mata ) Apa ! Pukul 4.00 ? Kenapa kau tak kejut aku ? Aku dah la ada date dengan Fakhrul nanti ! 

Nur  : Date ? Ina , pergi solat dulu .

Ina  : Tak sempatlah . Aku nak mandi dulu .

Nur  : Astaghfirullahalazim ~ Sempat lagi Ina , pergi solat dulu ye . Nanti dah masuk Asar .

Ina  : Yelah . Yelah . Bising la kau ni .

Nur menggeleng dan hanya mampu beristighfar , dia sudah masak dengan sikap rakannya yang sorang tu .

Bersambung ...

Sunday, January 19, 2014

Sayang awak ! ( Ep 3 )

Nur melangkah lambat-lambat menuju ke perpustakaan .

Nur : *dalam hati* Allahurabbi ~ betul ke semua tu ? Tapi dah ada bukti . Haih !

Dalam perpustakaan . Nur menggunakan laptop untuk mencari bahan assignment . Telefonnya bergetar di atas meja .

" Nur , kau kat mana ? - Ina "

" Kita dekat perpustakaan "

" Ok ~ Sat lagi aku sampai "

Nur tersenyum kelat lalu meneruskan tugasnya .

Ina : Nur , buat apa ?

Nur : Ya Allah , kamu ni . Assalamualaikum ~

Ina : Eh hehe ~ Terkejut eh . sorry la 

Nur : Kenapa cari kita ?

Ina : Oh tak de pape , saje . Bosan duduk dalam bilik sorang-sorang .

Nur : *dalam hati* Ina tahu ke tak ye ? Nak bagitau ke tak ?

Ina : Nur ~

Nur : Ya ?

Ina : Aaa ~ tak de pape la .

Nur : Eh ? Cakaplah kenapa ?

Ina : Macam mana ek kau boleh tahan tak de boyfriend ?

Nur : Allahurabbi ~ Ina , kita nak tanya boleh ?

Ina : Hmm ...

Nur : Macam mana Ina boleh tahan dengan dosa ?

Ina terdiam lalu memandang mata Nur dalam-dalam . Tiada kata yang mampu diluahkan .

Nur : Ina , sebagai manusia ... kita sayangkan kamu . Kita tak sanggup tengok kamu bergelumang dengan dosa . Bahkan kita tak sanggup nak tanggung dosa kita sendiri sebab biarkan kamu bergelumang dengan dosa .

Ina : Kenapa cakap macam tu ? Aku buat dosa banyak sangat ke ? Aku ni berdosa sangat ke sampai kau nak cakap macam tu ?

Nur : Subhanallah . Ina ...

Ina : Eh tak pelah aku nak balik bilik dulu . Ok bye .

Belum sempat dihabiskan ayat Ina berlalu pergi . 


Nur : *dalam hati* MasyaAllah Ina, sebagai manusia kita amat menyayangi kamu .

Bersambung ...