Ini Alien ~

Monday, January 20, 2014

Sayang awak ! ( Ep 4 )

Ina menghempaskan badannya di atas katil sambil merenung syiling . Kata - kata Nur terngiang - ngiang di dalam kepalanya .

" Sebagai manusia , Kita sayangkan kamu . Kita tak sangguptengok kamu bergelumang dengan dosa . Hatta, kita sendiri pun tak saggup menanggung dosa kita sebab biarkan kamu bergelumang dengan dosa "

' Ah ! Biarlah . Aku tetap percaya  dekat Fakhrul .' Hatinya membentak - bentak .

Telefonnya menjerit meminta untuk diangkat . Lamunannya bersepai entah ke mana .Dilihat skrin telefon ' Fakhrul '

Ina     : Hello.

Fakhrul : Hi , sayang . Apa khabar ?

Ina     : Hihi ~ baik . Awak ?

Fakhrul : Saya baik - baik je . Jom jumpa .

Ina     : ( spontan terduduk ) Bila ? Kat mana ?

Fakhrul :Hmm ~ KFC la . Petang nanti lepas Asar .

Ina     : Set ! Ok jumpa awak kat sana ok .

Fakhrul : Ok . Bye sayang , assalamualaikum ~

Ina     :Waalaikumusalam .

Senyumnya sampai ke telinga sambil kembali berbaring di atas katil . Dia menjeling jam 1.40 p.m . 

' Nanti lah pukul 2.30 aku solat zuhur '

' Tak baik melengah - lengahkan solat . Syaitan tu ' Suara Nur tiba - tiba menerjah kotak fikirannya . 

' Ah ! Lantaklah ' Sambil memejamkan mata .Dan akhirnya , dia tertidur .

Pukul 4.00 p.m

Nur memasuki bilik yang dikongsi bersama Ina dan dua orang sahabatnya lagi . Siti dan Mia .

Apabila terlihat Ina terbongkang di atas katil Nur menggeleng kepala lalu mengalihkan pandangan pada katil Siti .

Nur  : Siti , Ina dah solat Zohor tadi ?

Siti : Entah , tadi aku ada kejut juga . Dia mamai , jadi aku biarkan .

Nur  : Allah ~ kenapa tak kejut lagi ?

Siti : Malas lah aku , nanti kena marah lagi macam hari tu . Aku tak suka la . Kau nak , kau je lah yang pergi kejut eh?

Nur  : Ina ... Ina ... Bangun , dah solat Zuhur belum ?

Ina  : Mmmm ...

Nur  : Ina , dah solat belum ?

Ina  : Nantilah , 2.30 nanti kau kejut aku eh ?

Nur  : ( terkebil - kebil matanya ) Ya Allah ! Ina , dah pukul 4.00 la . 

Ina  : ( terbuntang mata ) Apa ! Pukul 4.00 ? Kenapa kau tak kejut aku ? Aku dah la ada date dengan Fakhrul nanti ! 

Nur  : Date ? Ina , pergi solat dulu .

Ina  : Tak sempatlah . Aku nak mandi dulu .

Nur  : Astaghfirullahalazim ~ Sempat lagi Ina , pergi solat dulu ye . Nanti dah masuk Asar .

Ina  : Yelah . Yelah . Bising la kau ni .

Nur menggeleng dan hanya mampu beristighfar , dia sudah masak dengan sikap rakannya yang sorang tu .

Bersambung ...

No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.