Ini Alien ~

Saturday, February 15, 2014

Sayang awak ! ( Ep 13 )

Mikhail membuka pintu bilik dan terlihat Nur yang sedang mengemas pakaian ke dalam almari. Dia mengambil tempat lalu membantu sama kekasih hatinya.

Mikhail : Dinda?

Nur : Ye?

Mikhail : Terima kasih.

Nur : Eh? Kanda yang tolong dinda kemas baju. Kenapa pulak nak terima kasih? Dinda yang patutnya berterima kasih.

Mikhail : Haha. Bukan pasal ni la. Terima kasih sebab sudi terima kanda.

Nur : Hok alah. Hehe. Ingatkan apa. Sama-sama kasih.

Mikhail : Eleh. Nak berkasih pulak.

Nur : Tak nak? Tak nak takpe.

Pakaian siap dikemas. Lalu Nur melangkah menuju ke katil.

Mikhail : Ala. Ala. Jangan la merajuk. Ok. Kanda terima kasihnya.

Mikhail mengikuti Nur.

Nur : Eh? Cubit kang.

Mikhail : Cubitlah. Kanda sanggup.

Nur : Haha. Apala. Oh ya. Tau tak Ina dah kahwin?

Mikhail : Yeke? Alhamdulillah. Dengan siapa? Tak nampak pun hari tu.

Nur : Dengan Adam.

Mikhail : Hah! Padanlah lain macam je si Adam tu hari tu. Eh tapi dia kata dia kahwin dengan Shafrina? Siapa ntah kanda pon tak ingat namanya.

Nur : Yela tu. Nama Ina kan Shafrina.

Mikhail : Kisahnya.

Mikhail mencapai sikat di atas meja solek lalu menuju ke Nur. Dileraikan ikatan rambut isterinya dan disisir perlahan-lahan.

Mikhail : Dinda.

Nur : Hmm.

Mikhail : Grow old with me?

Nur : InshaAllah.

Mikhail : Dinda.

Nur : Ye?

Mikhail : Boleh jadi ketua bidadari kanda di JannahNya nanti.

Nur : With all my heart kanda.

Mikhail mencuit hidung Nur dan mereka ketawa bersama. Perkahwian mereka direstui dan diredhai oleh kedua orag tua mereka dan mereka berjaya mencapai redha Allah dengan mengikat ikatan yang sah.

[ Tamat ]

Sayang awak ! ( Ep 12 )

Abi : Rasanya kita dah setuju kan tarikh nikah bila? Mahar pon dah settle. Hantaran tak payah berdulang-dulang pon tak pe. Tak wajib pon.

Mikhail : Terima kasih pakcik. InshaAllah saya akan jalankan tanggungjawab saya atas anak pakcik.

Ummi : Nur, baju kahwin nak beli kat mana?

Nur : Nur rasa, Nur nak pakai jubah Nur je la ummi. Lagipun, sehari je. Tak payah la nak tunjuk kat orang sangat. Kita pun buat kecil-kecilan je.

Mikhail : Hmm. Lagipun saya tak nak bakal isteri saya ditatap ajnabi lain.

Mama : Michael, mama pon boleh join sekali ke masa kahwin kamu?

Mikhail : Of course mama. Mama kan mama michael.

Mereka melakukan perbincangan tanpa masalah. Dan kata sepakat telah pun dicapai.

...

Abi : Tuan haji boleh tak kalau saya yang buat?

Imam : Oh mestilah boleh. Silakan.

Abi : Dah sedia?

Mikhail : InshaAllah.

Abi : Bismillahirrahmanirrahim. Aku nikahkan dikau Muhammad Mikhail Lee bin Abdullah dengan anakku Nur Jannatul Iman Binti Ahmad dengan mas kahwin RM 2000.00 tunai.

Mikhail : Aku terima nikahnya.

Abi : Sah? Sah? Alhamdulillah.

...

Fakhrul : Woaa ~ Michael. Dalam diam kau eh? Padan la kau selalu back up dia dulu.

Mikhail : Tu cerita lama la kawan. By the way, my name is Mikhail.

Fakhrul : Oh. Sorry. Mana bini kau?

Mikhail : Amboi tanya macam bini kau pulak. Dekat khemah perempuan la.

Fakhrul  : Eh. Hehe.

...

Ina : Nur! Assalamualaikum.

Nur : Subhanallah Ina, Waalaikumussalam. Ina sihat?

Ina : Alhamdulillah sihat. Sejak bila Michael?

Nur : A year after we graduated.

Ina : I see. Alhamdulillah.

Hani : Hai?

Nur : Eh. Hani. Assalamualaikum. Sihat?

Hani : Err. Hehe Waalaikumussalam. Sihat.

Hani mengusap perutnya yang sudah besar. Nur yang melihat tingkah lakunya seraya tersenyum.

Nur : Waa. Dah berapa bulan?

Hani : Masuk 8 bulan dah.

Nur : Alhamdulillah.

Hani : Ina sihat?

Ina : Hmm? Sihat Alhamdulillah.

Mia : Nur. Ina. Eh Hani pon?

Siti : Wei! Aku lapar la. Mana nasinya?

Nur : Eh lupa pulak. Maaf. Korang punya special. Jom masuk dalam.

...

Fakhrul : Woi! Aku tau la dah jadi bini kau. Tak payah la nak tatap lama-lama.

Mikhail : Hmm? Eh? Aku buat macam tu ke? Apa salahnya. Kan isteri aku juga. Dapat pahala kan tengok isteri sendiri.

Bersambung...

Thursday, February 13, 2014

Sayang awak ! ( Ep 11 )

Telefonnya bergetar menandakan mesej masuk.

' Ummi, Abi izinkan. '

' Nur? '

' Allah izinkan dan redha. InshaAllah. '

' Alhamdulillah. Lusa ye. '

Mikhail bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah setelah puas dia mencari dirinya selama hampir 20 tahun lebih. Dia mengenang kembali perbualannya dengan Nur semasa di dalam perpustakaan 6 tahun lepas yang disaksikan oleh Mia sendiri.

[ Flashback ]

Michael : Nur, bukan ke orang Islam haramkan pegang-pegang tangan antara lelaki dengan perempuan yang tak ada pertalian?

Nur : Ye.

Mia memandang Michael dengan wajah yang pelik. Diaterkejut dengan soalan yang diajukan pemuda berbangsa Cina dan beragama Kristian itu.

Michael : Kenapa kalau aku tengok kat mana-mana pon ada je orang Islam yang buat macam tu? Couple pon bersepah sini-sana. Bila ditanya katanya percaya Tuhan tu ada.

Nur : Mereka kehilangan Tuhan dalam diri.

Mia semakin tertarik dengan perbualan mereka. Dia hanya diam membisu kerana bagi dirinya, dia kekurangan ilmu untuk berhujah dengan penganut agama lain.

Michael : Maksudnya?

Nur : Mereka terlampau mengejar dunia sehingga mereka lupa Allah la yang pinjamkan mereka dunia ni. Mereka lupa yang mereka ni hamba pada Allah. Kalau kita tanya kamu, agama kamu bagi tak mencuri, membunuh ?

Michael : Mestilah tak.

Nur : Tapi ada juga kan. Yang buat tu semua? Bahkan kalau nak diikutkan, semua agama tak bagi buat benda yang mungkar.

Michael : Kenapa cuma orang Islam je yang boleh masuk syurga? Sedangkan agama lain pon buat baik juga. Kenapa? Tuhan kamu abaikan kami?

Nur : Jadi kamu percaya yang Allah tu wujud?

Michael : Aku tak cakap.

Nur : Tapi kamu kata ' Tuhan kamu '. Jadi kamu tau ini semua ciptaanNya. 

Michael : ...

Nur : Ok. Kita tanya kamu. Kalau kamu cipta robot.Kamu cipta dua robot. Robot A dan Robot B. Kamu dah setkan robot kamu supaya buat kerja yang kamu suruh. Tapi, bila dah siap je. Robot A ikut cakap kamu, tapi Robot B tak ikut cakap kamu. Kamu marah tak?

Michael : Mungkin.

Nur : Kamu paling suka Robot A atau Robot B?

Michael : Mestilah Robot A.

Nur : Jadi, kamu dah dapat jawapan dekat situ.

Michael : Tapi, agama lain pun ada juga yang buat apa yang Allah suruh. Bersedekah, tolong orang.

Nur : Betul. Tapi ada satu je yang agama lain tak buat tapi agama Islam buat. 

Michael : Apa dia?

Nur : Menyembah Allah.

Michael : ...

[ Flashback tamat ]

Mikhail : Mama, Papa, Nur dah terima.

Mama : Hmm? Ok. Is she prettier than me?

Mikhail : Haha. Untuk Mikhail. Nur.

Mama : Hey! How dare you.

Mikhail : Tapi, mama yang tercantik untuk papa.

Mama : Really?

Papa : Hmm? Tak.

Mama : Hey ! Anak dengan bapak sama je.

Papa : Haha. Tak ada yang lagi cantik dari U la. I belum habis cakap lagi.

Mama : Hish.

Mikhail memerhatikan kemesraan orang tuanya. Dia bersyukur mama dan papanya menerima dia setelah dia masuk Islam.

Bersambung...


Sayang awak ! ( Ep 10 )

Nur terjaga dari tidur. Seperti kebiasaan dia akan melakukan solat tahajud. Tapi, malam tu, dia terdengar tangisan seseorang.
Dipicingkan mata dan telinga untuk mendengar dan melihat di dalam gelap.

' Macam suara Ina '

Nur berjalan mendapatkan suis lampu lalu menekannya.

' Alhamdulillah '

Pantas hatinya mengucapkan syukur pada Allah.

...

6 tahun kemudian.

Telefon pejabatnya berdering.

Diana : Doktor, ada orang nak jumpa doktor. Dia tak ada appointment tapi personal katanya.

Nur : Siapa?

Diana : Michael.

Nur : Oh. Takpe. Bagi dia masuk.

...

Nur : Ye. Silakan.

Michael : Assalamualaikum.

Nur : Subhanallah. Waalaikumussalam.

Michael : Apa khabar?

Nur : Baik. Kamu?

Michael : Alhamdulillah sihat.

Nur : Subhanallah. Subhanallah. Ye. Kenapa?

Michael : Ada dengar cerita pasal Fakhrul?

Nur : Tak. Kenapa?

Michael : He's married. With Hani.

Nur : Alhamdulillah. Really?

Michael : Hmm. Rasanya aku pun nak kahwin jugakla. 

Nur : Good news la tu.

Michael : Ok. Lusa aku datang rumah kau.

Nur : Eh ?

Michael : Kau belum kahwin kan? 

Nur : ( geleng )

Michael : Aku datang bawak parents merisik, pinang, then nikah.

Nur : Eh ?

Michael : My name is Muhammad Mikhail Lee Bin Abdullah.

Nur : Subhanallah. Since when?

Michael : A year after we graduated.

Nur : Alhamdulillah. Tapi, bagi kita istikharah dulu boleh?

Michael : Sure. I have to go. Kalau dah ada jawapan inform me ok?

Nur : InshaAllah.

Michael : Assalamualaikum.

Nur : Waalaikumussalam.

Bersambung...

Sunday, February 9, 2014

Sayang awak ! ( Ep 9 )

Dalam bilik.

Fakhrul : Ah! Perempuan tu memang suka nak tengok aku jatuh. bukan aku tak tau kau cuma lindung dia kan? Masa aku kena tangkap kau kan tengah ada game! Aku tak percaya kau yang bagitau. Lagipun Akmal bagitau dia berselisih dengan perempuan tu masa nak pergi gelanggang. Kau ingat aku bodoh ke?

Michael : Kalau kau tak bodoh kenapa kau buat benda yang nampakkan kau macam bodoh? Bukan ke dalam Islam ada cakap pasal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan? Kau pon tau kan pasal benda tu. Habis kenapa kau buat juga? 

Fakhrul : Kau ni asyik menangkan perempuan tu je pahal? Aku tak faham la kau ni. Cara kau cakap pon macam kau tau je Islam tu macam mana.

Michael : Why don't kau yang bagitau macam mana Islam tu sebenarnya? Sebab selama aku dengan kau aku tak nampak Islam dalam diri kau. Solat pon kau kadang-kadang je. Selalu aku dengar orang Islam kata solat tu wajib. Kalau tinggal dosa. Kenapa kau tak ikut? Kau Islam kan?

Fakhrul : Ah! sudahlah kau. Aku nak keluar! Malas nak layan.

Michael menghembuskan nafas berat. Dia kurang faham dengan sikap Fakhrul. Fakhrul cepat melenting bila dinasihat. Dia hanya menyampaikan apa yang diberitahu oleh Nur.

[ Flashback ]


Nur dan Michael melangkah lambat-lambat menuju ke blok asrama masing-masing. Jarak antara mereka adalah lima kaki dan Nur berjalan agak lambat sedikit daripada Michael.

Michael : Sorry.

Nur : Hm?

Michael : Aku tak tau pulak dia nak tuduh kau. Macam tau-tau je.

Nur : Takpe. Thanks.

Michael : Hmm (angguk)

Nur : Boleh mintak tolong.

Michael : Teruskan.

Nur : Cakap kat Fakhrul, lelaki pon ada mahal dan murahnya. Lelaki yang mahal tak akan layan mana-mana perempuan dengan sesuka hati tanpa alasan yang mendesak. Lelaki yang mahal juga tak pandang mana-mana perempuan sesuka hati. Tak mengurat perempuan. Dan. 

Nur menarik nafas untuk meneruskan katanya yang mungkin sukar difahami oleh Michael yang bukan seagama dengannya.

Michael hanya menunggu dengan sabar. Dia faham dengan niat baik Nur. Walaupun dia bukan seagama dengan Nur, dia dapat faham situasi yang dihadapinya. Dia sudah lama berkawan dengan umat Islam. Dan pelbagai ragam juga dia dapat lihat.

Nur : Bagitau Fakhrul supaya buat orang lain jadi mahal dan hargai mereka seperti sepatutnya. Lindungi mereka bukan menghina mereka.

[ Flashback tamat ]

Nur : Assalamualaikum.

Siti : Waalaikumussalam. Nur! Sini. Sini.

Siti menarik tangan Nur lantas duduk atas katilnya.

Nur : Kenapa Siti?

Siti : Betul ke aku dengar dari Mia si Fakhrul tu kena tangkap dengan Hani?

Nur : Hmm.

Siti : Haih. 

Nur : Ada yang tak kena ke?

Siti : Ina, dia tak balik-balik sejak Mia bagitau pasal tu.

Nur : Hah? Dia pergi mana?

Siti : Ntah. Dia terus keluar macam tu je. Tak bagitau. Dia diam je masa Mia cerita. 

Nur banguun dan menuju ke pintu.

Siti : Nak pergi mana?

Nur : Cari Ina.

...

Di Taman Rekreasi.

Nur : Assalamualaikum. Ina.

Ina : Mana kau tau aku kat sini?

Nur : Kita dah lama kenal kamu Ina.

Ina : Betul ke? Fakhrul?

Nur mengambil tempat di sebelah Ina.

Nur : Hmm.

Ina : Kau nampak?

Nur : Kita yang bagitau Mia.

Ina : Kenapa? Kau memang sengaja nak malukan aku dengan Fakhrul eh?

Nur : Astaghfirullahalazim. Ina, setiap perbuatan mungkar tu wajib kita cegah kalau didepan mata kita. Bukan niat untuk memalukan. Tapi, kita cuma nak menyedarkan apa yang dibuat sebenarnya salah.

Ina : Kenapa?

Nur : Kita sayang kamu, Ina. Kamu patut tau. Kamu nak ke bersuamikan orang yang layan perempuan sesuka hati dia. mana tau lepas kahwin dia buat benda yang sama. Kita tak tau. Sedangkan kalau kamu bercinta dengan dia hatta 20 tahun lamanya pon, kamu takkan kenal siapa dia. yang kamu kenal hanyalah lakonannya je. Nampak tak? Kamu kata dia setia kat kamu tapi kenapa dia dengan Hani? Sedagkan Hani tu tak de kena mengena pon dengan kelab Taekwondo. Malah, kalau nak tengok jarak antara tempat tournament degan asrama kita ni jauh.

Ina : Salah ke?

Nur : ...

Ina : Salah ke kalau aku nak ada orang yang sayangkan aku? Salah ke kalau aku nak ada orang yang belai aku.

Nur : Tak salah. Yang salahnya. Siapa dia, yang sayangkan kamu. Siapa yang membelai kamu. Kamu masih ada ibu bapa yang sayangkan kamu, kawan-kawan kamu yang sayangkan kamu. Kamu ada ibu bapa yang boleh belai kamu. Kawan-kawan kamu yang boleh bimbing kamu.
Malah, kamu ada Allah. Yang saban hari menunggu kamu untuk menitiskan air mata memohon keampunanNya. 

Ina : I'm sorry. Aku minta maaf. Selama ni aku buta. Aku ingatkan kawan cuma tempat untuk bergurau senda. Aku lupa aku ada Tuhan. Aku lupa aku boleh luahkan pada Dia.

Nur : Minta maaf pada Allah, Ina. Dia dah lama tunggu kamu untuk mengucapkan maaf. Dia dah lama tunggu kamu untuk bangun malam sujud padaNya. Dia dah lama tunggu kamu untuk mencintaiNya.

Ina memeluk sahabatnya Nur dengan linangan air mata di pipi.

' Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana Kau telah membukakan mata hati sahabat aku. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Mutakabbir '

Bersambung...


Saturday, February 8, 2014

Sayang awak ! ( Ep 8 )

Dalam bilik mesyuarat.

En. Adnan : I thanked all of you sebab dah berjaya menaikkan nama kelab kita. And also, I found some interesting story behind all of this. 

Nur : Ehem.

Adam : Err, encik. Could we have this conversation privately?

En. Adnan : Well, I think they should know what the situation like, so that takkan ada lagi cakap belakang. Since memang ramai yang tahu pasal drama swasta ni.

Adam : ...

En. Adnan : Could you explain Fakhrul?

Fakhrul : Ha!?!

Semua mata memandang ke arah Fakhrul.

En. Adnan : Oh ya! Panggilkan Hani sekali.

Hampir setengah jam mesyuarat dijalankan. Mereka mula bersurai.

Michael : Tak nak keluar? Semua dah keluar, aku nak kunci bilik ni.

Fakhrul : Siapa yang bagitau?

Michael : Hmm?

Fakhrul : Siapa yang bagitau orang tua tu pasal aku dengan Hani?

Michael : Would it change anything?

Fakhrul : No. tapi makhluk tu dah memalukan aku in front of them!

Michael : Bukan kau ke yang memalukan diri kau? 

Fakhrul : ...

...

Nur : Assalamualaikum.

Fakhrul : Waalaikumusalam.

Michael : Kenapa? Aku dah nak kunci bilik ni.

Nur : Oh! Sorry. I left my notebook.

Fakhrul : Kau ke?

Nur : Hmm ?

Fakhrul : Kau yang bagitau orang tua tu pasal aku dengan Hani kan?

Nur : ...

Michael : Aku yang bagitau.

Nur : Hah?

Fakhrul : Hah? Kau? 

Bersambung...