Ini Alien ~

Saturday, February 15, 2014

Sayang awak ! ( Ep 13 )

Mikhail membuka pintu bilik dan terlihat Nur yang sedang mengemas pakaian ke dalam almari. Dia mengambil tempat lalu membantu sama kekasih hatinya.

Mikhail : Dinda?

Nur : Ye?

Mikhail : Terima kasih.

Nur : Eh? Kanda yang tolong dinda kemas baju. Kenapa pulak nak terima kasih? Dinda yang patutnya berterima kasih.

Mikhail : Haha. Bukan pasal ni la. Terima kasih sebab sudi terima kanda.

Nur : Hok alah. Hehe. Ingatkan apa. Sama-sama kasih.

Mikhail : Eleh. Nak berkasih pulak.

Nur : Tak nak? Tak nak takpe.

Pakaian siap dikemas. Lalu Nur melangkah menuju ke katil.

Mikhail : Ala. Ala. Jangan la merajuk. Ok. Kanda terima kasihnya.

Mikhail mengikuti Nur.

Nur : Eh? Cubit kang.

Mikhail : Cubitlah. Kanda sanggup.

Nur : Haha. Apala. Oh ya. Tau tak Ina dah kahwin?

Mikhail : Yeke? Alhamdulillah. Dengan siapa? Tak nampak pun hari tu.

Nur : Dengan Adam.

Mikhail : Hah! Padanlah lain macam je si Adam tu hari tu. Eh tapi dia kata dia kahwin dengan Shafrina? Siapa ntah kanda pon tak ingat namanya.

Nur : Yela tu. Nama Ina kan Shafrina.

Mikhail : Kisahnya.

Mikhail mencapai sikat di atas meja solek lalu menuju ke Nur. Dileraikan ikatan rambut isterinya dan disisir perlahan-lahan.

Mikhail : Dinda.

Nur : Hmm.

Mikhail : Grow old with me?

Nur : InshaAllah.

Mikhail : Dinda.

Nur : Ye?

Mikhail : Boleh jadi ketua bidadari kanda di JannahNya nanti.

Nur : With all my heart kanda.

Mikhail mencuit hidung Nur dan mereka ketawa bersama. Perkahwian mereka direstui dan diredhai oleh kedua orag tua mereka dan mereka berjaya mencapai redha Allah dengan mengikat ikatan yang sah.

[ Tamat ]

No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.