Ini Alien ~

Thursday, February 13, 2014

Sayang awak ! ( Ep 11 )

Telefonnya bergetar menandakan mesej masuk.

' Ummi, Abi izinkan. '

' Nur? '

' Allah izinkan dan redha. InshaAllah. '

' Alhamdulillah. Lusa ye. '

Mikhail bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah setelah puas dia mencari dirinya selama hampir 20 tahun lebih. Dia mengenang kembali perbualannya dengan Nur semasa di dalam perpustakaan 6 tahun lepas yang disaksikan oleh Mia sendiri.

[ Flashback ]

Michael : Nur, bukan ke orang Islam haramkan pegang-pegang tangan antara lelaki dengan perempuan yang tak ada pertalian?

Nur : Ye.

Mia memandang Michael dengan wajah yang pelik. Diaterkejut dengan soalan yang diajukan pemuda berbangsa Cina dan beragama Kristian itu.

Michael : Kenapa kalau aku tengok kat mana-mana pon ada je orang Islam yang buat macam tu? Couple pon bersepah sini-sana. Bila ditanya katanya percaya Tuhan tu ada.

Nur : Mereka kehilangan Tuhan dalam diri.

Mia semakin tertarik dengan perbualan mereka. Dia hanya diam membisu kerana bagi dirinya, dia kekurangan ilmu untuk berhujah dengan penganut agama lain.

Michael : Maksudnya?

Nur : Mereka terlampau mengejar dunia sehingga mereka lupa Allah la yang pinjamkan mereka dunia ni. Mereka lupa yang mereka ni hamba pada Allah. Kalau kita tanya kamu, agama kamu bagi tak mencuri, membunuh ?

Michael : Mestilah tak.

Nur : Tapi ada juga kan. Yang buat tu semua? Bahkan kalau nak diikutkan, semua agama tak bagi buat benda yang mungkar.

Michael : Kenapa cuma orang Islam je yang boleh masuk syurga? Sedangkan agama lain pon buat baik juga. Kenapa? Tuhan kamu abaikan kami?

Nur : Jadi kamu percaya yang Allah tu wujud?

Michael : Aku tak cakap.

Nur : Tapi kamu kata ' Tuhan kamu '. Jadi kamu tau ini semua ciptaanNya. 

Michael : ...

Nur : Ok. Kita tanya kamu. Kalau kamu cipta robot.Kamu cipta dua robot. Robot A dan Robot B. Kamu dah setkan robot kamu supaya buat kerja yang kamu suruh. Tapi, bila dah siap je. Robot A ikut cakap kamu, tapi Robot B tak ikut cakap kamu. Kamu marah tak?

Michael : Mungkin.

Nur : Kamu paling suka Robot A atau Robot B?

Michael : Mestilah Robot A.

Nur : Jadi, kamu dah dapat jawapan dekat situ.

Michael : Tapi, agama lain pun ada juga yang buat apa yang Allah suruh. Bersedekah, tolong orang.

Nur : Betul. Tapi ada satu je yang agama lain tak buat tapi agama Islam buat. 

Michael : Apa dia?

Nur : Menyembah Allah.

Michael : ...

[ Flashback tamat ]

Mikhail : Mama, Papa, Nur dah terima.

Mama : Hmm? Ok. Is she prettier than me?

Mikhail : Haha. Untuk Mikhail. Nur.

Mama : Hey! How dare you.

Mikhail : Tapi, mama yang tercantik untuk papa.

Mama : Really?

Papa : Hmm? Tak.

Mama : Hey ! Anak dengan bapak sama je.

Papa : Haha. Tak ada yang lagi cantik dari U la. I belum habis cakap lagi.

Mama : Hish.

Mikhail memerhatikan kemesraan orang tuanya. Dia bersyukur mama dan papanya menerima dia setelah dia masuk Islam.

Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.