“Zurin,
aku laparlah. Kau masak apa?” Zurin mencebik selepas bertungkus lumus
mengeluarkan barang-barang dari perut kereta milik Jasmin. Jasmin mengemaskan
tempat mereka bersolat. Dia yang mengimamkan atas persetujuan. Zurin mengenali
Jasmin ketika kumpulan usrah yang disertainya. Jasmin merupakan antara
fasilitator kumpulan usrah dalam kampus mereka. Jasmin juga mempunyai
perwatakan yang lain daripada gadis bertudung labuh yang dikenalnya. Dia
seorang yang tak memikirkan apa yang orang lain perkatakan tentang dirinya. Dan
senang memaafkan orang lain. Sifatnya yang periang disenangi orang
sekelilingnya.
“Makan
kat luar la. Aku tak beli barang basah ni.” Zurin memberitahu sambal dia
membelek telefon pintarnya. “Makan luar? Lepas Isyak la eh?” Jasmin
mencadangkan. Risau dia untuk melewat-lewatkan waktu solat. Zurin mengangguk.
Bersetuju. “Ya Allah!” Jasmin terperanjat mendengarkan telefon bimbitnya
tiba-tiba berlagu. Chorus Maroon5 Medley
– Victoria Justice & Max Schneider
terhenti apabila dia menjawab telefonnya. Zurin hanya tersenyum geli hati.
Jasmin menghentikan perbualan dengan ucapan salam. Senyum. Zurin mengerutkan
dahi. “Kau kenapa Min?” Seram dia tengok rakannya sorang ni.
“Ika dah
deal dengan housemate dia. Aku kata lepas Isyak kita kutip dia. “Kutip? Kau pikir
dia sampah ke?” Zurin membaling pen yang berada berdekatan dengannya. “Aduih!
Sakitlah. Yelah yelah” Jasmin mencapai Al-Quran dan membuka ditempat yang
ditanda. Surah Al-Fatir. AL-Fatihah dibaca pembuka bacaan. Zurin mendengar
Jasmin mengalun dengan khusyuk.
Tenang.
Sedap.
Zurin cemburu. Jasmin mempunyai suara yang lunak untuk mengalun ayat suci
kalimah Allah. Jasmin tekun membaca.
“Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihi. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan
langut dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua,
tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa
jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada
sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan(ingatlah) Dial ah sahaja
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
Zurin
dikejutkan dengan bunyi jatuh di bahagian dapur. Dia mengalih pandangan pada
Jasmin. Masih membaca. Zurin bangun dan menghala kedapur. Lampu dapur
dihidupkan. Telinganya masih menangkap suara Jasmin mengalun ayat suci itu.
“Wahai umat manusia, kenangkanlah
nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu: tidak ada sama sekali yang
menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari
langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan
(dari menyembahnya)?”
Cawan
plastik yang jatuh dikutip. Dibawa ke sinki untuk dibasuh.
“Dan jika mereka mendustakanmu
(wahai Muhammad), maka sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu sebelummu telah
didustakan (oleh kaumnya masing-masing). Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah
dikembalikan segala urusan.”
Angin
halus menerpa tengkuknya. Meremang bulu romanya. Tangannya pantas membasuh dan
diletakkan dirak pinggan. Ekor matanya menagkap sesuatu. Tindakan refleks
menyebabkannya menoleh kearah tempat itu.
“Wahai umat manusia, sesungguhnya
janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan
oleh kemewahan hidup didunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesa-besar
penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu
kamu lalai dan menderhaka)”
Demi Allah. Dia nampak sesuatu dibelakang
rumahnya tadi. Pantas tingkap bahagian dapur ditutup. Kakinya melangkah cepat
kebilik tempat mereka solat.
“Sesungguhnya Syaitan adalah
musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);
sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.”
Zurin
tidak senang hati. Dia terasa hendak berlari untuk cepat sampai kebilik. Dan
perjalanannya ke bilik terasa lama.
“Orang-orang yang kafir, bagi
mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi
mereka keampunan dan pahala yang besar”
Pantas
dia duduk disebelah Jasmin.
“Maka (fikirkanlah) adakah orang
yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya
dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan
peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau
sebaliknya)? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh
itu, jangalah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung
dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa
yang mereka kerjakan.”
Zurin
mengambil tasbih putih yang tersangkut pada tombol laci dibelakangnya. Hatinya
tidak tenteram. Pantas dia membilang tasbih itu sambal lidahnya memuji Allah.
Bacaan Jasmin menenangkan hatinya. Ditambah pulak dengan kekhusyukan yang cuba
diraihnya. Matanya dipejam. Rapat. Merasai kehusyukan. Menghadirkan kehusyukan
itu. Dia mencuba. Menghadirkan Allah dalam hatinya. Walau khusyuknya tidak
dapat diraih sehingga langit ketujuh dia tetap bersyukur kerana dapat merasai
kemanisan memuji zat Allah. Semakin lama semakin tenang. Hatinya yang gundah
memujuk dirinya. Dia dapat merasakan tiada yang dapat menggentarkan jiwanya
kala itu melainkan Allah.
Bahunya
disentuh.
Matanya
dibuka. Dipandang wajah Jasmin yang
tersenyum padanya. Azan.
Jasmin
segera kebilik air. Memperbaharui air wudhuknya. Dia menghentikan zikrullah
untuk menghormati azan yang berbunyi dari telefon pintar milik Jasmin. Dia
memejam mata sekali lagi. Mengahayati setiap bait yang dialunkan tukang azan.
Matanya dibuka kembali apabila pintu bilik air dibuka. Zurin bangun untuk
kebilik air.
Jasmin
menghulurkan telekung pada Zurin yang melangkah masuk ke ruang solat. Iqamat
dialun oleh Zurin. Takbir diangkat oleh Jasmin mengimami solat berjemaah.
Kekhusyukan diraih mereka berdua. Setiap bacaan dihayati dengan sepenuh hati.
Mereka tidak mahu solatnya sia-sia dan tidak diterima Sang Pencipta.
Jauh
dari alam dunia mereka, ada makhluk yang tidak berpuas hati. Makhluk itu
berguling-guling kepanasan sejak alunan bacaan suci dibaca oleh Jasmin tadi.
Makhluk itu malah mengambil akal untuk menjatuhkan cawan itu untuk mengalih
pandangan mereka berdua. Malangnya, Jasmin tidak terganggu dengan bunyi itu
malah tidak perasan dengan tujuan makhluk penderhaka dari langit itu. Tidak
cukup dengan itu makhluk berupa hodoh itu cuba untuk menjelma dihadapan
Zurin namun semakin hampa apabila Zurin malah memuji Allah pada saat jantung
menendang dengan kuat dada gadis itu tika itu. Malah makhluk itu semakin terbakar apabila azan
berkumandang dan solat Jemaah didirikan dua gadis perawan itu. Makhluk terkutuk
itu meraung sekuat hati. Menangis kerana tidak mampu membuat mereka jauh dari
Tuhan mereka.
[Bersambung]