Ini Alien ~

Monday, November 10, 2014

Dia Hidup (episod 7)

“Zurin, aku laparlah. Kau masak apa?” Zurin mencebik selepas bertungkus lumus mengeluarkan barang-barang dari perut kereta milik Jasmin. Jasmin mengemaskan tempat mereka bersolat. Dia yang mengimamkan atas persetujuan. Zurin mengenali Jasmin ketika kumpulan usrah yang disertainya. Jasmin merupakan antara fasilitator kumpulan usrah dalam kampus mereka. Jasmin juga mempunyai perwatakan yang lain daripada gadis bertudung labuh yang dikenalnya. Dia seorang yang tak memikirkan apa yang orang lain perkatakan tentang dirinya. Dan senang memaafkan orang lain. Sifatnya yang periang disenangi orang sekelilingnya.

“Makan kat luar la. Aku tak beli barang basah ni.” Zurin memberitahu sambal dia membelek telefon pintarnya. “Makan luar? Lepas Isyak la eh?” Jasmin mencadangkan. Risau dia untuk melewat-lewatkan waktu solat. Zurin mengangguk. Bersetuju. “Ya Allah!” Jasmin terperanjat mendengarkan telefon bimbitnya tiba-tiba berlagu. Chorus  Maroon5 Medley  – Victoria Justice & Max Schneider terhenti apabila dia menjawab telefonnya. Zurin hanya tersenyum geli hati. Jasmin menghentikan perbualan dengan ucapan salam. Senyum. Zurin mengerutkan dahi. “Kau kenapa Min?” Seram dia tengok rakannya sorang ni.

“Ika dah deal dengan housemate dia. Aku kata lepas Isyak kita kutip dia. “Kutip? Kau pikir dia sampah ke?” Zurin membaling pen yang berada berdekatan dengannya. “Aduih! Sakitlah. Yelah yelah” Jasmin mencapai Al-Quran dan membuka ditempat yang ditanda. Surah Al-Fatir. AL-Fatihah dibaca pembuka bacaan. Zurin mendengar Jasmin mengalun dengan khusyuk.

Tenang.

Sedap. Zurin cemburu. Jasmin mempunyai suara yang lunak untuk mengalun ayat suci kalimah Allah. Jasmin tekun membaca.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langut dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan(ingatlah) Dial ah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Zurin dikejutkan dengan bunyi jatuh di bahagian dapur. Dia mengalih pandangan pada Jasmin. Masih membaca. Zurin bangun dan menghala kedapur. Lampu dapur dihidupkan. Telinganya masih menangkap suara Jasmin mengalun ayat suci itu.

“Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu: tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?”

Cawan plastik yang jatuh dikutip. Dibawa ke sinki untuk dibasuh.

“Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad), maka sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu sebelummu telah didustakan (oleh kaumnya masing-masing). Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.”

Angin halus menerpa tengkuknya. Meremang bulu romanya. Tangannya pantas membasuh dan diletakkan dirak pinggan. Ekor matanya menagkap sesuatu. Tindakan refleks menyebabkannya menoleh kearah tempat itu.

“Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup didunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesa-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)”

 Demi Allah. Dia nampak sesuatu dibelakang rumahnya tadi. Pantas tingkap bahagian dapur ditutup. Kakinya melangkah cepat kebilik tempat mereka solat.

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.”

Zurin tidak senang hati. Dia terasa hendak berlari untuk cepat sampai kebilik. Dan perjalanannya ke bilik terasa lama.

“Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar”

Pantas dia duduk disebelah Jasmin.

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya)? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, jangalah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.”

Zurin mengambil tasbih putih yang tersangkut pada tombol laci dibelakangnya. Hatinya tidak tenteram. Pantas dia membilang tasbih itu sambal lidahnya memuji Allah. Bacaan Jasmin menenangkan hatinya. Ditambah pulak dengan kekhusyukan yang cuba diraihnya. Matanya dipejam. Rapat. Merasai kehusyukan. Menghadirkan kehusyukan itu. Dia mencuba. Menghadirkan Allah dalam hatinya. Walau khusyuknya tidak dapat diraih sehingga langit ketujuh dia tetap bersyukur kerana dapat merasai kemanisan memuji zat Allah. Semakin lama semakin tenang. Hatinya yang gundah memujuk dirinya. Dia dapat merasakan tiada yang dapat menggentarkan jiwanya kala itu melainkan Allah.

Bahunya disentuh.

Matanya dibuka. Dipandang wajah  Jasmin yang tersenyum padanya. Azan.

Jasmin segera kebilik air. Memperbaharui air wudhuknya. Dia menghentikan zikrullah untuk menghormati azan yang berbunyi dari telefon pintar milik Jasmin. Dia memejam mata sekali lagi. Mengahayati setiap bait yang dialunkan tukang azan. Matanya dibuka kembali apabila pintu bilik air dibuka. Zurin bangun untuk kebilik air.

Jasmin menghulurkan telekung pada Zurin yang melangkah masuk ke ruang solat. Iqamat dialun oleh Zurin. Takbir diangkat oleh Jasmin mengimami solat berjemaah. Kekhusyukan diraih mereka berdua. Setiap bacaan dihayati dengan sepenuh hati. Mereka tidak mahu solatnya sia-sia dan tidak diterima Sang Pencipta.

Jauh dari alam dunia mereka, ada makhluk yang tidak berpuas hati. Makhluk itu berguling-guling kepanasan sejak alunan bacaan suci dibaca oleh Jasmin tadi. Makhluk itu malah mengambil akal untuk menjatuhkan cawan itu untuk mengalih pandangan mereka berdua. Malangnya, Jasmin tidak terganggu dengan bunyi itu malah tidak perasan dengan tujuan makhluk penderhaka dari langit itu. Tidak cukup dengan itu makhluk berupa hodoh itu cuba untuk menjelma dihadapan Zurin namun semakin hampa apabila Zurin malah memuji Allah pada saat jantung menendang dengan kuat dada gadis itu tika itu.  Malah makhluk itu semakin terbakar apabila azan berkumandang dan solat Jemaah didirikan dua gadis perawan itu. Makhluk terkutuk itu meraung sekuat hati. Menangis kerana tidak mampu membuat mereka jauh dari Tuhan mereka.

[Bersambung]




No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.