Ini Alien ~

Sunday, December 30, 2012

Al - Farabi freaking story

Assalamualaikum and a bid an awesome night readers 

ngeeehehe aku tak tahu la sejak bila aku jadi addicted nak menaip 

panjang berjela macam langsir dekat ruang tamu rumah mak bapak

aku ni . Amboi ! time suruh buat karangan terkial - kial kau

nak menulis sampai pepatah pun bunyi macam ranting patah

pantun bunyi macam orang kentut tak habis . Hah ! kali ni

nak cerita apa pula ? jeng jeng jeng ~

Disebabkan dah nak naik sekolah dan hosteler pun dah siap packing

beg yang macam nak bawak pergi mendaki gunung tu . Aku dah siap

kemas sikit XD . So , berbalik kepada topik hostel kita , hostel

atau dalam BM nya asrama memang tak lari jauh dari cerita hantu 

yang dah bersarang dalam hostel tu kan ? Aku tak tahu la kalau 

ada yang pernah kena ganggu ke tak dengan makhluk tuhan yang

paling seksi ni . Jom menjelajah kisah kat hostel Al-Farabi

Kisah 1



Ok time ni aku yang kena tapi aku tak pasti la apa yang aku kena 

tu betul ke tak -,- masa tu aku terjaga pukul 4 pagi aku tengok 

jam yang tertera di dinding yang dah bercapuk tu pukul 5 tapi 

sebenarnya 4 ni la masalahnya bila dah syok sangat mimpi 

menang award *eih . Aku terjun katil tu sebab aku duduk atas .

Wow ! dah macam stunt actor dibuatnya main terjun-terjun ni .

Aku nampak member aku solat dalam hati 'solat hajat' aku capai 

toiletries segala bagai dan menuju ke pintu dorm *eceh ayat 

Aku perasan senior form 5 masa tu pun bangun juga , dia pun 

keluar dorm juga . Aku pun pergi la toilet yang terletak dihujung 

bangunan Aspuri bila aku pandang belakang 'oit ? kok tak ada 

orang ? ' rupanya senior aku tu tak pergi toilet tapi pergi bilik 

prep . Aku malas nak patah balik so aku pun terus la mandi .

Dalam keheningan pagi dan kesejukan air shower tu aku terdengar 

bunyi orang ketuk pintu . Kalau nak ikutkan istiadat hostel ni 

siapa yang nak mandi lepas orang yang kat dalam toilet tu kena

ketuk dan cakap 'lepas ni aku tau' . Tapi yang ni dia ketuk halus 

je macam tak larat nak angkat tangan dan dia ketuk tak berhenti .

Aku diam kan je la karang apa-apa jadi kang . Aku tak nak pengsan

dalam toilet yang tak berapa nak harum tu . Pastu berhenti . Sepi 

. Aku pun teruskan project aku dalam tu tiba-tiba . Dia bunyi

lagi ! Aku cepat-cepat siap buka pintu tunduk bawah . Keluar 

pintu . Pecut masuk dorm . Waktu prep aku bagitahu member aku 

dia cakap lain kali jangan pergi sorang-sorang lagi . 


so , sejak dari tu siapa yang ketuk pintu toilet aku tanpa cakap

'lepas ni siapa?' aku takkan jawab punya la . Ada tu pula aku

tak jawab sebab dia tak bersuara sampai nak tanggal pintu tu dia 

gegar . woi . woi . agak-agak la ==

Kisah 2



Yang ni pula yang kena budak form 2 , member A ajak member B 

teman pergi 3rd floor sebab nak minta barang . Member B pun ikut

la . Dah siap je business si A dia nak turun . Depa ni ahli 1st

floor , dekat 3rd floor tu ada bilik wuduk . Masa si A ni nak 

turun dia nampak member B dekat dalam bilik wuduk tu . Dia tanya

"kau tak nak turun ke" si B jawab "nanti la kita turun" Si A pun

pergi je la masa dia turun anak tangga cucu tangga tu dia pusing

nak tengok member B bila dia perasan member B dia tu dekat 

tingkap dengan rambut yang menggerbang macam tak basuh rambut

bertahun lamanya . Yang si A ni apa lagi terus masuk gear 

infinity *hoi hoi . Masuk je dorm dia nampak member B dia dalam

dorm . Bila dia tanya si B ni tak ada pun pergi 3rd floor dengan

si A . Dah terketar member dia tu ~

Kisah 3


Yang ni terjadi dekat member aku , time memalam buta dia pergi

bersidai dekat hujung koridor tengok surau hostel yang ada dekat 

sebelah DM . Tengah khusyuk termenung tu dia nampak makhluk

yang tak berapa nak seksi dengan baju 0udh(rc}but lupa nak sikat

lepas mandi buat tawaf dekat surau . Tapi sekali je tawaf dia tu 

terus lesap belakng surau . Hah kau terus masuk dorm !

Kisah 4



Ok Yang ni pun kena dekat member aku . Dekat hostel tu kitorang

ada satu lorong untuk public phone yang menuju ke tempat ampaian

baju . Masa tu malam , member aku ni lalu dekat lorong tu masa 

tu lorong tu tak buka lampu so gelap gelita je la , dia 

terpandang makhluk yang pakai baju putih dengan rambut yang tak 

reti nak selak ke belakang habis tutp muka dia berdiri dekat 

tengah lorong tu . Member aku terus tunduk , bila dia angkat muka

dah lesap pula ! Oi main cak bak ! cak bak ! cikebum cikebum

ku beri nama saudara saudari pula dah . Dia pun ntah tak pernah -

pernah buat marathon tetiba terus naik pergi 3rd floor .

Homangaih la ~

# huh ok aku tak larat nak cerita lagi , sebenarnya ada lagi cerita . Here we go, part 2
hamboi nak buat cerita bersiri pula =..=

1 comment:

Tahniah kerana sudah menghabiskan masa dengan membaca. Sila komen dengan syarat :-

1. Anda membaca Bismillah ketika mula menaip.
2. Tidak mencarut.